KITAB MISKTUL ANWAR VIII


Bagian ketiga
2.  Mereka yangdihijab oleh campuran cahaya dengan gelap
 Mereka ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu;
  • Pertamannya, orang yang gelapnya itu berpunca dari deria (pancaindera);
  • Kedua,  gelapnya berpunca dari khayalan;
  • Ketiga, gelapnya berpunca dari logik akal yang palsu.
Pertama. Terhijaboleh gelap deria.
Mereka ini ialah orang-orang yang telahmelangkah sempadan mempertuhankan diri sendiri, yang mana itu adalah sifatorang-orang yang dalam golongan pertama yang telah tersebut dahulu keranamereka mempertuhankan kepada sesuatu yang di luar diri mereka,  dan adasedikit keinginan untuk mengetahui Tuhan.
  • Peringkat pertama terdiri daripada mereka yang menyembah berhala.
  • Peringkat akhir terdiri daripada mereka yang menduakan Tuhan.
  • Antara kedua-kedua peringkat tersebut, ada  peringkat-peringkat lain lagi.
       Orang-orang dalam peringkat pertama (penyembah-penyembahberhala) itu sedar pada umumnya yang mereka ada tuhan dan tidak mempertuhankandiri mereka sendiri.  Mereka percaya bahawa Tuhan mereka itu lebih besar dan lebih berkuasa dari apa-apa yang lain;  tetapi gelap deriamenghijabkan mereka daripada pengetahuan bahawa;  mereka mestilahmelampaui Alam Deria dalam perkara ini.  Oleh itu,  mereka ambillogam-logam yang bernilai seperti emas,  perak,  permata danlain-lain untuk dijadikan patung-patung sebagai Tuhan.  Orang-orang initerhijab oleh cahaya Kekayaan dan Keindahan dari sifat-sifat Allah danCahayaNya.  Mereka lekatkan sifat-sifat ini(kaya dan indah) kepadabenda-benda yang dilihat oleh deria;  yang mana deria itu telah menyekatcahaya Allah.  Ini adalah kerana deria itu adalah gelap dari segi AlamKeruhanian,  sebagaimana yang telah kita terangkan dahulu.
       Kelas kedua ialah puak-puak bangsa Turki yang liaryang tidak mempunyai masyarakat keagamaan yang tersusun dan tidak adaundang-undang agama yang tertentu.  Mereka percaya bahawa mereka ada Tuhandan tuhan itu ialah sesuatu benda yang jinak.  Jika mereka  berjumpaseorang manusia atau sepohon pokok atau seekor kuda dan lain-lain yang luarbiasa cantiknya,  maka mereka akan menyembah benda itu dan dikatakan itutuhan mereka.  Mereka ini terhijab oleh cahaya keindahan bercampur dengangelap deria.  Mereka masuk lebih jauh daripada penyembah-penyembah berhalake dalam cahaya,  kerana mereka adalah penyembah-penyembah Keindahansecara mutlak bukan kepada individu,  dan mereka tidak hadkan ataubataskan khusus kepada satu individu sahaja dan membuang yang lain. Keindahan yang mereka sembah itu ialah keindahan Tabie ciptaan Tuhan,  danbukan ciptaan mereka sendiri.  Inilah yang membezakan mereka dari golonganpenyembah berhala.
       Kelas atau golongan yang ketiga berkata;
"Tuhan kamimestilah cahaya pada zatnya.  Ia maha mulia dan maha agung,  mahagagah dan tidak bertolak ansur;  tetapi ia mestilah boleh dilihat; kerana jika tidak kelihatan tentulah tidak bererti apa-apa".
Oleh kerana mereka dapati api itu adasifat-sifat yang tersebut tadi,  maka mereka sangka api itulah tuhan danmereka sembah api itu.  Mereka inilah orang-orang yang terhijab olehKekuasaan dan Kekuatan yang mana kedua itu adalah dua daripada cahaya Allah.
       Kelas atau golongan yang keempat pula memikirkan iaitu oleh kerana api ituboleh dikawal,  boleh dinyala dan dipadamkan bila dikehendaki,  makaapi itu bukanlah tuhan sebenar.  Tuhan adalah hanya apa yang mempunyaisifat kekuasaan dan kekuatan dan manusia ini berada di bawah kawalannya dan iamestilah berada di tempat tinggi.  Orang-orang golongan inimengagung-agungkan Ilmu Nujum(Astrologi).  Mereka berkata bintang-bintangitu ada pengaruhnya masing-masing terhadap manusia.  Oleh itu,  adaantara mereka yang menyembah bintang-bintang seperti Jupiter danlain-lain.   Ada pula yang menyembah sekumpulan falaniah-falaniahmenurut banyaknya pengaruh yang mereka percaya ada pada falaniah-falaniahitu.  Mereka ini pula terhijab oleh cahaya-cahaya yang suci,  yangterang,  dan yang kuat;  yang mana ketiga-tiga tersebut itu adalahcahaya Allah.
       Golongan atau kelas yang kelima pula menyokonggolongan keempat dan idea asas mereka itu tetapi orang-orang dalam kelas initidak setuju bahawa tuhan mereka itu boleh dikatakan kecil atau besar di kalanganbenda-benda yang memberi cahaya itu.  Tentulah yang paling besar itu patutdipertuhankan.  Oleh yang demikian,  mereka menyembah matahari yangmereka anggap sebagai yang paling besar.  Orang-orang ini terhijab olehcahaya kebesaran,  di samping cahaya-cahaya tadi;  tetapi merekamasih dibutakan oleh gelap deria.
       Golongan keenam lebih maju selangkah lagi.  Mereka berkata; Matahari itu bukanlah menguasai semua cahaya.  Lain-lain benda pun adacahayanya.  Sebagai tuhan,  tentulah ianya tidak bersyarikat ataubersekutu dalam perkara cahaya ini.  Mereka pun menyembah cahayamutlak,  yang meliputi semua cahaya dan mereka anggap inilah cahaya. Tuhan ini mestilah mempunyai sifat-sifat yang terbaik dan tidak tercela. Tetapi dalam Alam Wujud ini ada kejahatan-kejahatan.  Kejahatan-kejahatanini tentulah bukan dari tuhan kerana tuhan itu tidak bersifat jahat dankeji.  Lalu mereka sangkakan ada satu perjuangan antara tuhan yang gelapdan kedua-dua ini mereka namakan "Yazdan" dan"Ahriiman".  Pada sangkaan saya(Imam Ghazali),  inilahorang-orang yang menduakan Tuhan.
Cukuplah setakat ini contoh-contohbahagian ini.  Kelas-kelas ini lebih banyak lagi dari yang saya sebutkanitu.
Kedua,  orangyang terhijab oleh cahaya yang bercampur dengan gelap dari khayalan.
Mereka ini melangkah dari sempadanderia kerana mereka sedar adanya sesuatu di sebalik objek-objek deria. Tetapi golongan ini tidak dapat melangkah lebih dari sempadan khayalan. Oleh itu,  mereka sembah sesuatu yang benar-benar duduk di atas kursisinggahsana.
   Peringkat yang paling bawah daripada kelas ini ialah mereka yangmemperbadankan Tuhan;  kemudian itu ialah golongan"Karramitah".  Tidak perlu kita bincangkan tulisan dan pendapatmereka itu di sini kerana tidak ada gunanya di sini.
    Yang palingtinggi darjatnya dalam golongan itu ialah mereka yang menafikan Allah ituberbadan dan segala yang berkenaan dengannya, kecuali satu - iaituarah(direction),  dan itu ialah arah ke atas.  Kata mereka itu, apa yang tidak ada arah,  tidak di dalam atau di luar alam,  maka itutidaklah wujudnya kerana tidak termasuk pada akal khayalan.  Malangnyamereka gagal memandang bahawa darjat pertama sebenarnya bagi budi bicara akalmembawa kita bersih dan bebas dari semua rujukan apa sahaja, arah atau punukuran.
Ketiga, orang-orang yang terhijab oleh cahaya Ketuhanan yang bercampur dengan gelaplogik akal yang palsu.
Mereka ini menyembah tuhan "yangmendengar,  melihat, dan berilmu,  berkuasa,  berkehendak danhidup",  dan melampaui semua arah termasuk arah ke atas.  Tetapikonsep mereka tentang sifat-sifat ini diserupakan dengan sifat-sifat merekasendiri,  hingga ada mereka berpendapat bahawa perkataan (KALAM) Tuhan ituialah berhuruf dan berbunyi,  seperti manusia juga.  Sementara yanglain pula lebih maju lagi ke depan.  Kata mereka;  "Sebenarnyaseperti kalam fikiran kita,  iaitu tidak berbunyi dan tidakberhuruf".  Oleh itu,  apabila mereka dicabar untuk menunjukkanbahawa Allah itu benar-benar "mendengar,  melihat,  hidup danlain-lain",  maka penjelasan mereka seolah-olah memperbadankan tuhanitu sebagai manusia,  meskipun mereka menafikannya.
Ini adalah kerana mereka tidak dapatmemahami apakah sebenarnya maksud idea-idea tentang Sifat Allah itu. Mereka berkata bahawa berkenaan dengan Iradat  atau Kehendak Allahitu,  adalah ianya bergantung atau berkaitan,  seperti kehendak atauiradat manusia juga,  berkehendak kepada sesuatu dan bertujuan. Semua pendapat-pendapat ini sudah terkena; dan termasyhur dan kita tidak perlupanjang-lebarkan bicara berkenaan hal ini.  Mereka ini terhijab olehbeberapa cahaya Ketuhanan dan bercampur dengan kegelapan logik akalpalsu.  Semua yang tersebut itu adalah kelas-kelas bagi bahgian kedua yangterdiri daripada hijab gelap bercampur cahaya.
Ulasan Suluk.
Golongan yang terakhir yang disebutkanoleh Imam Ghazali di atas banyak terdapat dalam masyarakat kita akhir-akhirini.  Walaupun mereka bertuhankan Allah dan mengakui kerasulan Nabi, namunmereka jahil dengan idea-idea yang berkaitan sifat-sifat Ketuhanan Yang Mahasuci lagi Maha Sempurna.  Biasanya golongan yang tersasar ini adalah darigolongan mereka yang;
  • Hanya berpandukan kepada Al-Quran dan  Hadis semata-mata dengan menolak mazhab-mazhab atau pendangan Ulama-ulama yang Muktabar,
  • Hanya berpandukan kepada Al-Quran semata-mata;
  • Menafikan Kefarduan Mempelajari Ilmu Usuluddin atau Sifat Dua atau Ilmu Tauhid;
  • Hanya bertaklid kepada warisan keluarga(Islam Baqa) semata-mata.
Berhati-hatilah anda terhadap golonganyang sesat lagi menyesatkan ini.
"Sesungguhnyabarangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah adacahaya baginya".  (Al-Quran)
Allahu-A'lam
Bagian ketiga
3.  Mereka yangterhijab oleh cahaya sebenarnya
 

    Bahagian ketiga ini ialah mereka yang terhijab oleh cahayasebenarnya.  Bahagian ini pun terbahagi kepada beberapa kelas ataugolongan.  Saya tidak hendak menyatakan semuanya,  hanya cukuplahkepada tiga sahaja.
Pertama
Orang yang  telah mencari dan mencapai fahaman maksud sebenarnya tantangsifat-sifat Allah.  Mereka telah  mengetahui bahawa apabilasifat-sifat Allah itu dinamakan berkata-kata(KALAM), berkehendak(IRADAT), Kuasa (QUDRAT), ILMU,    Hidup(HAYAT), Pendengar(SAMA'),  Pelihat(BASHAR) dan  lain-lainlagi,  maka semua itu bukanlah serupa dengan sifat-sifat  manusia (Mukholafatullil hawadis/bersalahan dengan sesuatu yang baru).  Ini menyebabkanmereka tidak menyifatkan Allah itu demikian.  Apabila hendak menceritakantentang Allah,  mereka merujuk kepada makhluk sahaja,  sepertijawapan Nabi Musa a.s kepada Firaun;  apabila Firaun bertanya;  "ApakahTuhan sekelian alam itu sebenarnya?".  Jawab Nabi Musa a.s.;  "Tuhan Yang Maha Suci Yang Melebihi tanggapansifat-sifat,  Dialah Penggerak dan Pemerintah sekelian langit".
Kedua
Kelas kedua dalam golongan ini lebih tinggi lagi daripada yang tersebutitu(kelas pertama).  Mereka nampak bahawa sekelian langit ituberbilang-bilang(banyak) dan penggerakkan bagi tiap-tiap beberapa langit ituialah makhluk yang bernama malaikat.  Dan malaikat ini pulaberbilang-bilang iaitu banyak.  Perhubungan malaikat-malaikat  inidengan cahaya-cahaya Ketuhanan adalah ibarat perhubungan bintang-bintang dengansemua cahaya lain yang kelihatan.  Kemudian mereka lihat bahawalangit-langit itu diselubungi oleh satu lingkungan; dan dengan gerak lingkunganini semua yang lain berputar sekali dalam masa 24 jam.  Akhirnya, .....Tuhan itu ialah Dia Yang Memberi gerak kepada lingkungan yang paling luaritu;  dan lingkungan paling luar ini menyelubungi semua yang lain. Maka dengan itu (kata mereka) Tuhan itu mestilah tidak berbilang-bilang.
Ketiga
Kelas yang ketiga lebih tinggi lagi dari itu.  Kata mereka bahawaperhubungan gerak langsung pada benda-benda langit itu mestilah satu tindakan perhambaan kepada Tuhan Sekelian Alam;  tindakan penyembahan danketaatan kepada perintahNya dan dilakukan oleh satu daripada makhluk-makhlukiaitu malaikat.  Perhubungan malaikat  ini dengan cahaya-cahayaKetuhanan  Maha Suci itu ialah ibarat perhubungan bulan dengan lain-laincahaya yang nampak.
Mereka mengatakan bahawa Tuhan itulahyang ditaati oleh malaikat ini.  Maka Allah Subhanahuwa Taala  itulahmesti dianggap sebagi penggerak secara perintah(amar) sahaja,   danbukan secara langsung dengan lakuan.  Penjelasan tentang"perintah" yang manakah dan apakah sebenarnya,  maka perkaraini tidaklah jelas dan sangat susah hendak difahami oleh kebanyakanorang.  Di samping itu pula,  perkara ini tidak termasuk dalampembicaraan kitab ini.
Semua yang tersebut itu adalahperingkat-peringkat yang terhijab oleh cahaya-cahaya tanpa  bercampurdengan  gelap.
"Sesungguhnyabarangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah adacahaya baginya".  (Al-Quran)
Bagian ketiga
4.  MatlamatYang Dicari.
     Bagi mereka yang telah mencapai (Mengenal Allah dengansebenarnya) akan mendapat yang keempat.  Kepada mereka diterangkanbahawa yang ditaati itu,  jika dikenalkan sebagai Allah,  tentusekali disifatkan sebagai Yang Maha Esa dan Maha Sempurna.  Tujuankitab ini bukanlah untuk menghuraikannya.  Antara yang ditaati ini dengan WujudHakiki itu ialah ibarat perkaitan matahari dengan dengan cahayanya atausesuatu yang menyala dengan api;  dan dengan itu "memalingkanmuka-muka mereka"  kepada  Dia Yang Menggerakkanlangit  dan Dia Yang Mengeluarkan Perintahh(Amar) untuk gerakmereka,  dan mencapai satu Wujud yang melampaui semua yang dicapai olehpenglihatan mata atau kesedaran batin manusia.  Ini adalah kerana merekadapati ianya melampaui dan berasingan dari setiap sifat yang kita sebutkandulu.
    Yang ini punterbahagi kepada beberapa kelas.  Bagi satu kelas dalam golonganini,  seluruh apa yang nampak habis lenyap,  hapus dan fana;  namun begitujiwa (ruh) itu sendiri tetap bertafakur tentang Keindahan dan Kekudusan Mutlakitu dan merenung dirinya dalam keindahanNya,  yang dikurnia kepadanyakerana ia telah mencapai Hadirat Ilahi.  Pada mereka, benda-benda yang nampakini {tetapi bukan ruh yang melihat itu},  fana dan hancur sirnanya.
    Di atas peringkattersebut ada lagi peringkat yang hanya dicapai oleh beberapa orang pilihansahaja,  iaitu mereka yang hancur lebur dalam Keagungan Wajah Yang MahaSuci dan Kebesaran Tuhan Yang Maha Mulia.  Dan dengan ini mereka sendiripun fana dan lenyap hilang.  Tidak ada lagi ruang bagi tafakur diri keranatidak ada yang bersangkutan dengan diri.  Tidak ada lagi yang tinggalkecuali Allah.  Ruh akan mengalami firmanNya;  "Semuanyahancur musnah kecuali Wajahnya"-(Al-Quran). Berkenaanini telah kita bincangkan dalam bab pertama dantelah diterangkan juga apakah maksud yang mereka gelarkan keadaan inisebagai  "persamaan" dan bagaimana mereka memandang perkara ini.
    Demikian penjelasankita tentang kelas-kelas orang yang terhijab juga di antara mereka itu dalam perjalanan.  Tidak perlu naik peringkat demi peringkat,  dalamperingkat-peringkat yang telah kita sebutkan dulu,  dan kenaikan merekaitu tidak pula mengambil masa yang panjang dan lanjut,  tetapi hanya dalammasa yang singkat sahaja mereka telah mencapai makrifat dan mengakui Kebesarandan Keagungan Allah itu melebihi segala-galanya.  Mereka mencapaiperingkat makrifat ini dengan pantas sekali.  Kedatangan"Tajalli"  Tuhan melimpahi mereka sehingga "KeagunganWajahNya telah menelan"  segala yang diketahui dengan penglihatanderia atau kesedaran akal.
    Mungkin jalanpertama (berperingkat demi peringkat) itu adalah jalanya Nabi Ibrahim a.s. (KhalilulLah); dan yang kedua (jalan pantas sekaligus) itu jalannya Nabi Muhamad SAW.(HabibulLah).  Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia kemajuan perjalananmereka dan maqam-maqam (stesyen-stesyen)  mereka dalam perjalanan ini.
    Demikian penjelasankita tentang kelas-kelas orang-orang yang terhijab oleh hijab-hijab. Tidaklah hairan sekiranya semua maqam ini diperjeniskan sepenuhnya dan dikajisepenuhnya tentang hijab-hijab orang-orang dalam perjalanan ini.  Makaakan didapati bahawa bilangan kelas-kelas ini boleh sampai kepada 70 000. Namun,  jika saudara lihat baik-baik,  saudara dapati semuanyatermasuk dalam bahagian-bahagian yang saya(Imam Ghazali) terangkan itu. Seperti yang kita lihat,  mereka mestilah terhijab;
  • oleh sifat-sifat keinsanan mereka sendiri, atau
  • oleh deria,
  • khayalan,
  • akal yang memikir dan membuat keputusan, atau
  • oleh cahaya yang sebenarnya.
    Sekianlah sahajayang dapat saya jawab pertanyaan saudara,  meskipun perkara ini datangkepada saya semasa fikiran saya berbelah bahagi dan sedang bertafakur, dan perhatian saya menumpu keepada perkara yang lain daripada perkaraini.  Saya harapkan supaya saudara maafkan saya kerana mungkin pena sayatersilap atau kaki saya tergelincir,  kerana bukannya mudah untuk menceburkandiri ke dalam lautan rahsia-rahsia Ketuhanan yang tidak bertepi itu;  dansukar,  amat sukar sekali hendak mengarang dan menceritakan tentangcahaya-cahaya Maha Tinggi yang terletak jauh di sebalik tabir.
Wallahua'lam

Comments

Popular Posts