KITAB MISKTUL ANWAR VII


Mungkin saudara susah hendak fahamdengan penerangan yang tersebut dahulu itu.  Maka saudara rasa payahhendak faham.  Maka di sini saya akan memberikan penerangan yang lebihmudah,  agar saudara dapat memahaminya.
Maksud  "Allah itu cahayalangit dan bumi " boleh difahami jika dikiaskan kepada cahaya biasayang nampak itu.  Apabila saudara melihat warna tumbuhan-tumbuhan disianghari- katalah warna hijau - saudara tentu menyangka yang saudara melihatwarna,  dan mungkin saudara mengatakan saudara hanya melihat warna, tidak ada yang lain lagi.  Seolah-olah saudara mengatakan "Saya tidak nampak yang lain kecuali warna hijau ".  Memangbanyak orang berdegil mengatakan demikian.  Kata mereka perkataan "cahaya "  itu tidak ada ertinya,  hanya kosong,  katamereka apa yang nampak hanyalah warna.  Dengan demikian,  merekamenafikan adanya cahaya meskipun cahaya itulah yang paling terang dan nyatasekali terzohir daripada benda-benda lain.  Kenapa tidak?  Keranadengan adanya cahaya itulah benda-benda itu terzohir atau ternampak. Kerana cahaya  itu sendiri boleh kelihatan dan membuat benda-benda lainkelihatan,  sebagaimana yang kita bincangkan dulu.
Tetapi apabila matahari terbenam danlampu langit lenyap dari pandangan,  dan bayangan atau gelap malamdatang,  maka  barulah orang-orang ini sedar adanya perbezaan antarabayangan atau gelap dengan cahaya.  Maka barulah mereka meyakini bahawacahaya itu memang ada disebalik semua warna dan dilihat bersama warna. Bolehlah dikatakan bahawa oleh kerana paduan  persatuan cahaya denganwarna itu,  hinggakan cahaya itu tidak disedari ada di situ,  mungkinkerana terlampau terang dan nyata inilah menyebabkan cahaya kelihatan. Mungkin kerana terlampau tarang dan nyata inilah menyebabkan cahaya tidakkelihatan,  kerana  sesuatu  yang melampaui dari sempadanhadnya akan masuk ke wilayah yang berlawanan dengannya.
Jika penerangan ini telah jelas kepada saudara,  maka  saudara hendaklah tahu selanjutnya iaitumereka yang dikurnai dengan pandangan sedemikian ini akan melihat Allah disamping sesuatu  benda itu.  Mungkin ada yang berkata;
" Tidak sayalihat sesuatu pun melainkan saya lihat Allah dahulu ".
Kerana ada di antara mereka yangmelihat benda-benda melalui Allah dan dalam Allah.  Ada pula yang melihatsesuatu benda itu dulu dan kemudian nampak Allah,  dalam dan melaluibenda-benda itu.
Kepada kelas ( golongan ) yang pertamaitu,  Al-Quran ada menerangkan;
" Tidakkah cukupbahawa Tuhanmu melihat semuanya?".
Kepada kelas yang kedua ini denganayat;
"Kami  akantunjukkan kepada mereka tanda-tanda kami dalam seluruh alam dan diri merekasendiri ".
Bagi kelas ( golongan ) pertama, mereka melihat Allah terus; dan yang kedua melihat  Allah melaluiperbuatan-perbuatan  atau kerja-kerjaNya(Allah).  Yang pertama itugolongan Aulia Allah; dan yang kedua itu golongan orang-orang Arif  "yang telah yakin  dalam  ilmunya." Selain dari  duagolongan tersebut,  tidak  lain hanya orang-orang yang lalai; di muka  mereka ada hijab  (tabir).
Oleh yang demikian saudara mengetahuisekarang bahawa dengan adanya cahaya itu membolehkan mata kasar melihat dannampak dan  Allah itu membolehkan mata batin manusia melihat dan nampakkerana Allah itu ada bersama  segala sesuatu setiap  ketika dan Dialah yang menampakkan segalanya  itu. Meskipun ada persamaan antarakedua itu, namun perbezaannya ada juga.  Cahaya biasa itu boleh hilang apabilamatahari terbenam,  dan  datanglah gelap  yang menjadi hijab.Tetapi  Cahaya Ketuhanan  itu tidak boleh  hilang.  Cahayaitu mesti ada untuk membolehkan penglihatan.  Mataharinya tidak pernahterbenam.  Ia kekal selamanya dengan semua perkara.
Oleh itu cara membezakan  (sebagaicara untuk membezakan wujudnya Allah dengan perbuatanNya) tidaklah berupayakita.  Jika  rupa Allah itu boleh  dilihat,  makaakan  hancurlah langit dan bumi ini; dan oleh  itu,  melaluipembezaan,  akan menerbitkan kesan  dalam  fikiran,  yang serentak memaksa pengenalan kepada sebab  yang dengannya semuaperkara ternampak zohir.  Tetapi sebagaimana yang kita  lihat, semua kejadian  tetap sama dan tidak berubah-ubah  pada pandangankita kerana Ketunggalan yang menjadikan mereka itu.  Kerana "segala sesuatu memuji Dia"  (Al-Quran).
Ini bererti  bukansetengah-setengah  perkara tetapi adalah  segala-galanya,  danbukan kadang-kadang tetapi adalah sentiasa.  Dengan itu,  pembezaanini tidak  timbul,  dan jalan menuju melihat rupa Allah ituterhalang.  Kerana jalan yang paling terang menuju mengenal benda-bendaialah melalui  pertentangan atau lawannya.  Benda-benda yang tidakada lawan ( OPPOSITEE ) atau  sebaliknya,  dan keadaanya sentiasaserupa  apabila kita melihatnya,  akan  menyebabkan besarkemungkinan  pandangan kita disilapkannya.  Dalam hal ini, gelap atau tidak terang  itu adalah akibat dari terlalu terang dannyatanya,  dan dikelirukan atau disilapkan oleh sinarannya yang terang itu. Maha Suci  dan Agunglah  Allah yang  melindungkan dirinya dari makhlukNya  dengan kerana terangNya itu,  dan terhijab daripandangan makhluk melalui SinarNya sendirinya yang terang benderang itu.
Mungkin juga keterangan  ini tidakdifahami oleh setengah-setengah orang yang kurang pintar,  dan mereka yangmembaca keterangan saya berkenaan  " Allah bersama dengan segalasesuatu",  kerana cahaya ini ada bersama segala sesuatu. Mungkin mereka memahami bahawa Allah itu ada setiap " tempat ". Maha Suci dan Maha Tinggi Allah itu dikaitkan dengan " tempat".  Tidak usahlah kita menyangka yang tidak terjangkau olehakal.  Saya tegaskan bahawa Allah itu terawal atau terdahulu darisegala-galanya,  dan diluar had sempadan jangkauan pemikiranmakhluk.  Dia menzohirkan segala-segalanya.  Bahawa"Yangmenzohirkan " itu tidak boleh dipisahkan diri "Yangmenzohirkan",  menurut segi pandangan si pemikir.  Inilahapa yang kita maksudkan bahawa Allah bersama dengan segala sesuatu.
Saudara juga tentu tahu selanjutnyabahawa "Yang menzohirkan"  itu adalah terdahulu danterlampau tinggi dari jangkauan "Yang menzohirkan", meskipun dia "bersama" nya.  Dia "bersama" nyadari satu aspek (wajah)  dan  "terlampau jangkauan" nya dari aspek yang lainnya.
Janganlah dianggap di sini adapertentangan atau perlawanan (CONTRADICTION).  Atau,  fikiranlahbagaimana dalam Alam deria  (yang mana tempat yang paling tinggi ilmu kitaboleh maju ke atas) gerak tangan "bersama " dengan gerakbanyangnya;  namun begitu gerak tangan itu terdahulu dari banyangnya itujuga.
Barangsiapa yang tidak cukup pintaruntuk menyikirkan ini,  maka hendaklah ia meninggalkan penyelidikantentang perkara ini,  kerana:-
"Bagi setiapilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yangdiuntukkan baginya. "
Bersambung ke Bahagian Kedua InsyaAllahjika dimudahkan;  
..Pengetahuan tentangibarat atau perumpamaan mukaddimah kepada penerangan tentang perumpamaan misykaat (ceruk),  lampu,  kaca,  pokok, minyak dan api.
Bahagian ketiga
A.  Penerangantentang perumpamaan ayat An-Nur.

Sekarang kita sampai kepada maksud atau pengertian perumpamaan atau simbol yangdikemukakan oleh ayat An-Nur ini.  Penerangan penuh tentang
  • pasangan antara lima kelas ruh
  • dan lima perkara misykaat,  kaca, lampu, pohon (pokok) dan minyak.
Ini sangatlah luas dan panjang. Tetapi di sini cukuplah dengan penerangan ringkas yang menunjukkan cara(method) perumpamaan itu.
Pertama
Perhatikan "ruh deria"; cahayanya datang melalui beberapa saluran iaitu mata,  telinga, hidung,  dan lain-lain.  Simbol yang paling wajar untuk ini, dalam pengalaman kita ialah "Misykaat"(lampu di dinding.
Kedua
Perhatikan pula "ruhkhayalan" :  Ia ada tiga sifat.
Pertama, ianya adalah daripada perkara yang terdiri daripada Alam Rendah yang kasarini;  kerana objek-objeknya mempunyai;
  • saiz,
  • bentuk,
  • ukuran yang tertentu dan terhad dan ada perkaitan dengan subjek(perkara) itu dari jaraknya.
  • Selanjutnya satu daripada sifat-sifat perkara kasar ini ialah ialah legap (tidak lut oleh sinar) kepada cahaya akal.  Akal adalah melebihi dan melampaui arah,  kuantiti (banyak bilangan) dan jarak.
Kedua, jika perkara itu terang,  halus terdisplin dan terkawal,  maka iaakan mencapai persamaan dengan idea-idea akal dan akan tertembus oleh cahayadaripada mereka itu.
Ketiga, khayalan ini pada mulanya sangatlah perlu agar dapat dikawal oleh pengetahuanakal;  dan dengan ini pengetahuan tersebut;
  • tidaklah terganggu,
  • tidak terumbang-ambing dan
  • lari dari kawalan.
Bayangan yang dibekal oleh khayalan itumemegang kemas pengetahuan yang dibekal oleh akal.  Dalam dunia pengalamansaharian yang nyata ini,  saudara akan dapati bahawa benda atau objek yangada ketiga-tiga sifat ini jika dihubungkan dengan cahaya biasa ialah "KACA".  Ini adalah kerana kaca pun pada mulanya adalah legap,  tetapi telahdibersih dan dihalusi hingga menjadi lutsinar (tembus oleh cahaya) kepadacahaya lampu.  Kaca ini pula melindungi lampu itu daripada padam olehhembusan angin atau goncangan yang kuat.  Maka "KACA" inilah simbol yang paling sesuai bagi khayalan.
 
Ketiga.
Jiwa Akal. Ini memberi kita faham tentang idea-idea Ketuhanan.  Tentang perumpamaanini,  telah terang kepada saudara.  Saudara telah mengetahui daripenerangan kita dahulu berkenaan dengan tanggapan bahawa Nabi-nabi itu adalah "LampuYang Memberi Cahaya".
 
Keempat.
Jiwa (Ruh) yangmemikir dan membuat kesimpulan.  Keadaannyabermula dengan satu pendapat atau proposisi,  kemudian tercabangdua,  setelah itu tercabang empat,  dan begitulah seterusnya hinggadengan proses pemecahan secara logik ini,  ia menjadi beratus-ratus danberibu-ribu banyaknya.  Akhirnya membawa kepada satu kesimpulan dankesimpulan-kesimpulan ini pula mengeluarkan lagi banyak kesimpulan,  danbegitulah seterusnya.  Oleh yang demikian,  ruh ini disimbolkansebagai "POKOK"  kerana keadaan ini seumpama pokok dialam nyata ini.  Selanjutnya kita perhatikan bahawa hasil atau buah(jiwa)  jenis ini mengeluarkan banyak ilmu dan menetapkannya.  Makasewajarnyalah ia tidak disimbolkan dengan pokok epal atau delima atau lain-lainpokok kecuali pokok zaiton.
Buah zaiton itu ada mengeluarkan minyakyang digunakan untuk minyak lampu dan minyak ini berbeza dengan lain-lainminyak.  Minyak zaiton ini menambah sinaran lampu.  Jika orangmemberi kata sifat adjektif "berkat"  kepada pokoktersebut,  maka sudah tentu hasil yang didapati dari pokok itu diberi katasifat adjektif berkat juga.  Akhirnya jika cabang-cabang proposisi atauidea akal bersih itu tidak tertakluk kepada arah dan jarak,  maka wajarlahdigelar simbol pokok ini sebagai "tidak timur dan tidak barat".
 
Kelima.
Roh Kenabian YangMaha Tinggi.  Roh atau jiwa yang terangbenderang ini ada pada aulia-aulia dan ambia Allah.  Jiwa fikiran manusiaterbahagi kepada dua jenis.
  • Satu daripadanya perlu dan wajar dinasihati dan dibekali dari luar untuk mendapat ilmu terus dan menerus.
  • Yang satu lagi tidak perlu bekalan ilmu dari luar;  cukup dari dalam,  seolah-olah bercahaya dengan sendiri.
Sekarang teranglah kepada kita bahawakebolehan (fakulti) tabie yang kuat dan terang ini dikatakan sebagai"minyakitu bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api".
  • Ada Aulia yang mempunyai cahaya yang sangat terang hingga "hampir"   tidak memerlukan lagi apa yang dibekalkan oleh ambia sementara
  • ada pula yang mempunyai cahaya yang "hampir-hampir" tidak memerlukan lagi apa yang dibekali oleh malaikat.
Inilah perumpamaan yang sewajarnya bagiperkara ini.
Cahaya roh manusia ituberperingkat-peringkat.
  • Maka peringkat deria itu adalah peringkat awal dan persediaan untuk khayalan (kerana khayalan boleh dianggap sebagai mengikuti deria).
  • Selepas itu diikuti pula oleh akal.
  • Kemudian dituruti pula oleh jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan.
Semua itu menerangkan;
  • kenapa kaca itu dikatakan tempat letak lampu;
  • dan misykat itu tempat letak kaca.
  • Ini bererti lampu itu di dalam kaca dan kaca itu dalam misykat (ceruk).
  • Akhirnya, sebagaimana yang kita lihat adanya cahaya yang berperingkat-peringkat itu mentafsirkan kepada kita ayat yang bermaksud "cahaya atas cahaya" itu.

Kesimpulan ayat berkenaan gelap.
Perumpamaan atas simbol cahaya hanyauntuk hati atau jiwa orang-orang yang beriman, atau Nabi-nabi dan wali-waliAllah sahaja.  Bukan untuk hati orang-orang kafir kerana istilah  "cahaya" ini ialah khusus untuk orang-orang yang dipimpin di jalan yang lurus. Sebaliknya, bagi orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar dan lurus,maka ia adalah palsu dan gelap.  Bahkan lebih gelap daripada yanggelap.  Kegelapan itu tidak membimbing seseorang itu ke mana-mana. Fikiran orang-orang kafir itu dan seluruh pandangan mereka adalah sesat danmenyeleweng dan fikiran mereka itu saling sokong menyokong antara satu denganlain untuk menipu dan menyesatkan tuan punyanya (iaitu orang-orangkafir).  Mereka itu ibarat orang yang berada "di laut yangsangat dalam yang berombak dan dilapisi lagi dengan ombak.  Di atasnyaawan gelap; gelap di atas gelap" (Al-Quran).
"Laut yangsangat dalam" itu bermaksud dunia-dunia ini yangpenuh dengan mara bahaya, kejahatan, dosa dan noda.
"Ombak"yang pertama itu ialah ombak hawa nafsu yang dirinya jiwa itu mendapatsifat-sifat kebinatangan, dan dikuasai oleh keseronokan hawa nafsu angkaramurka, dan memuaskan cita-cita keduniaan sahaja; lalu"Mereka makandan berpoya-poya seperti lembu kerbau.  Nerakalah tempat kediaman mereka".- (Al-Quran).  Ombak itu diibaratkan sebagai kegelapan-kegelapan. Oleh itu cinta kepada makhluk menjadikan jiwa itu buta dan pekak.
"Ombak" yangdilapisan kedua itu bermaksud sifat-sifat ganas yang mendorong jiwa itubersikap
  • marah,
  • hasad dengki,
  • benci,
  • menentang diri sendiri,
  • sombong,
  • megah dan
  • bangga.
Sungguh sesuai benarlah simbol gelapini kerana marah itu adalah iblis akal manusia.  Dan sesuai juga simbolombak yang di atas itu kerana marah itu kebanyakan lebih kuat daripada nafsu syahwat; marah yang mendidih menyelewengkan jiwa dari nafsu angkara dan membuatnya lalaidengan keseronokan.  Hawa nafsu tidak dapat menentang marah yangbersangatan.
"Awangelap"  itu adalah kepercayaan yangbukan-bukan,  bidaah yang menyesatkan dan pemikiran yang rosak yangmenjadi lapisan-lapisan hijab yang mendinding orang-orang kafir daripadamendapat iman,  ilmu yang hakiki dan sinaran dari cahaya Al-Quran dan akalyang bersih.  Telah menjadi lumrah,  awan itu melindungi sinarancahaya matahari.  Oleh kerana semua perkara tersebut adalahmenggelapkan,  maka sesuai benarlah ayat ini "Gelap di atasgelap"  (Al-Quran).  Ini adalah kerana perkara-perkaratersebut menutup jiwa daripada mendapat ilmu tentang perkara-perkara yangdekat;  apatah lagi yang jauh.  Ianya mendinding orang-orang kafirdaripada mengetahui apa yang dibawa oleh Nabi,  meskipun mereka sangathampir dan boleh dipandang.  Sesuai benarlah dikatakan "jikaseseorang menghulurkan tangannya,  tidaklah kelihatan tanganitu"  (Al-Quran).
Pendek kata seperti yang kitalihat,  jika semua cahaya-cahaya ini berpunca dan berasal dari Yang MahaEsa,  maka sewajarnyalah tiap-tiap orang yang mengakui dan beriman dengankalimah tauhid mempercayai bahawa,
"Sesungguhnyabarangsiapa  yang Allah tidak berikan cahaya,  maka tidaklah adacahaya baginya".  (Al-Quran)
Cukuplah dulu untuk memuaskan hatisaudara tentang rahsia-rahsia dalam ayat tersebut (An-Nur). itu
Ke tajuk seterusnya......B.Penerangan tentang perumpamaan berkenaan 70,000 hijab..
Bagian ketiga
Apakah  maksud hadisini,  "Allah mempunyai 70 000 hijab cahaya dan gelap; sekiranya Dia membuka hijab itu,  maka Keagungan wajahNya nescaya akan menelan tiap-tiap orang yang menelannya dengan pandangannya" (Setengah mengatakan "70 000" hijab, dan ada pula yang mengatakan"700" hijab).
Maka saya(Imam Ghazali)terangkan demikian.  Allah itu sendiri memang Agung dan Mulia.  Hijabatau tirai itu adalah berkaitan kepada mereka yang terdinding dengan Zat YangAgung itu.  Ada tiga jenis hijab yang ada pada manusia iaitu;
·        Gelap sebenarnya,
·        Campuran gelap dengan cahaya,
·        Cahaya sebenarnya.
Pecahan kepada ketiga-tigajenis itu adalah banyak.  Setakat  itu sahaja yang dapat kita petikkan.  Boleh juga dibanyakkan atau dibilang-bilangkan pecahan-pecahanini kepada yang lain,  tetapi tidak berapa yakin dengan hasil bilangan danpenentuannya itu.  Tidak ada siapapun yang tahu sama ada ianya benar-benarboleh dipastikan atau tidak.  Perkara menentukan bilangan itu sebanyak"700" atau "70 000" adalah perkara yang hanya kuasaKenabian sahaja yang boleh mengetahuinya.  Pada pendapat saya(ImamGhazali) bilangan-bilangan ini bukanlah perkara yang tetap kerana selalu jugabilangan-bilangan disebut tanpa bermaksud untuk membatas atau menghadkanbilangan itu,  tetapi hanya bermaksud untuk menyebut"banyak" sahaja.  Allah lebih mengetahuinya.
Oleh itu perkara bilangantersebut adalah di luar keupayaan kita untuk menentukannya.  Maka sekarangsaya akan terangkan tiga bahagian atau pecahan yang utama dan beberapapecahan-pecahan selanjutnya daripada tiga itu.
1.  MerekaYang Terhijab Oleh Yang Sebenarnya.
Bahagian pertama ialahmereka yang terhijab atau terdinding oleh gelap yang sebenarnya.  Merekaini ialah orang "Atheis" tidak percaya dengan Allah dan harikemudian.  Inilah orang "yang kasih kepada kehidupan dunia inilebih daripada kehidupan akhirat"- (Al-Quran);  kerana merekatidak percaya dengan apa yang akan datang kemudian.
Mereka ini pula terbahagikepada beberapa pecahan.
Pertama,mereka yang hendak mencari sebab terhadap kehidupan di dunia ini dan merekajadikan Alam Tabie ini sebagai sebab.  Tetapi Alam Tabie ini ialah satusifat yang ada pada benda-benda.  Ianya pula adalah gelap kerana ia;
·        tidak ada ilmu pengetahuan,
·        tidak ada pandangan,
·        tidak ada kesedaran terhadap diri sendiri,
·        tidak ada kesedaran terhadap yang lain,
·        tidak ada cahaya pandangan melaluiperantaraan mata.

Kedua,  mereka yang dipengaruhi oleh kepentingan dirisendiri dan tidak mahu mengetahui tujuan hidup ini.  Mereka hidup sebagaikehidupan binatang.  Hijab ini ialah diri mereka sendiri (self-centeredego) dan hawa nafsu gelap mereka itu.  Tidak ada gelap yang lebih gelapdaripada penghambaan kepada dorongan diri sendiri dan cinta diri sendiri. Firman Allah yang bermaksud; "Tidakkah engkau orang yangmempertuhankan diri?"-(Al-Quran); dan sabda Nabi Muhammmad SAW.; "Mempertuhankanyang lain dari Allah,  yang paling dibenci ialah mempertuhankan dirisendiri".
Bahagian yang kedua iniboleh dibahagi-bahagikan lagi kepada beberapa pecahan.
·        Satu daripadanya ialah manusia yangmenganggap dan berkeyakinan bahawa matlamat atau tujuan akhir hidup di duniaini ialah untuk memuaskan hawa nafsu kebinatangan mereka sahaja,  sama adaberkenaan dengan jantina(sex),  atau makan-minum atau pun pakaian. Inilah hamba  nafsu.  Hawa nafsu itulah Tuhan mereka.  Merekapercaya bahawa dengan memuaskan nafsu itu,  mereka akan mendapat kebahagiaan. Inilah manusia yang merendahkan martabat mereka lebih rendah daripada martabatbinatang.  Adakah sesuatu yang lebih gelap daripada in????. Inilah orang yang dihijab sebenarnya.
·        Satu lagi ialah golongan manusia yangmenganggap matlamat akhir hidup ini ialah menakluk dan menguasai,  sepertimengambil orang-orang tawanan, membunuh dan merampas.  Demikian itulahanggapan orang-orang Arab,  orang-orang Kurdi yang tertentu dan kebanyakanorang-orang yang jahil.  Hijab pada mereka ialah sifat-sifat ganas dangarang.  Sifat-sifat ini menguasai mereka.  Mereka berasa senang hatidengan sifat-sifat mereka itu.  Inilah orang-orang yang bersifatbinatang.  Mereka merendahkan martabat kemanusian mereka itu lebih rendahlagi daripada binatang.
·        Satu golongan  manusia ialah yangmenganggap matlamat akhir hidup ini ialah kekayaan harta benda kerana kekayaanini adalah alat untuk memuaskan   tiap-tiap nafsu syahwatmereka.  Mereka menghabiskan masa muda dan tenaga mereka dengan memperbanyakkandan mengumpul harta kekayaan -wang ringgit,  emas danperak,    tanah dan rumah yang indah,  gedung-gedung besardan lain-lain lagi.  Mereka mengumpul dan menyimpan wang ringgitsebanyak-banyaknya.  Mereka bertungkus lumus siang dan malam di manasahaja untuk memperbanyakkan harta dengan puas-puasnya.  Apa yang ada itunampak sedikit dan mereka terus mencari lagi tanpa berhenti dan berpuashati.  Inilah orang-orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah "orangmalang, hamba orang!!!, orang malang, hamba emas!!". Adakahgelap yang lebih gelap daripada ini?"  Mereka telah dibutakanoleh emas dan perak.  Mereka tidak sedar bahawa emas dan perak itu adalahjenis logam yang tidak berguna jika semata-mata untuknya sahaja.  Logamyang tidak lebih daripada batu-batu atau logam lainnya.  Emas dan perakhanya bernilai jika ia dijadikan alat untuk mencapai tujuan-tujuan yangberfaedah dan dibelanjakan untuk tujuan-tujuan yang berguna.
·        Golongan keempat ialah yang lebih buruklagi.  Mereka ialah manusia-manusia yang menganggap bahawa kebahagiaan ituialah dengan mencapai kemasyhuran diri,  mencari "nama" danmemperluaskan pengaruh sampai ramai orang yang menjadi pengikutnya sertamenyanjungnya.  Mereka sentiasa berlagak dan melihat bayangan dirinyadalam cermin.  Ada yang mencurahkan wang ringgitnya membeli pakaiannyayang indah-indah sampai bagus dipandang orang dan disaksikan kecantikkannyaitu,  meskipun ia menderita kekurangan dan dapur tidak berasap dirumahnya.
Banyak lagi jenis-jenisnyayang terhijab ini.  Semua mereka itu terhijab dari Allah dengan hijab yangpaling gelap dan mereka sendiri pun gelap.  Cukuplah dengan beberapa jenisdan misalan yang saya beri itu.  Tidak perlulah diterangkan tiap-tiapsemua jenis itu lagi.  Satu daripada jenis yang patut kita terangkan disini ialah orang-orang yang  mengucap dengan lidah mereka kalimah "Syahadah"kerana disebabkan oleh ketakutan atau bertujuan untuk mengemis daripadaorang-orang Islam atau untuk bermuka-muka dengan orang-orang Islam,  atauhendakkan pertolongan kewangan dari orang-orang Islam atau hendak menyokongpendapat nenek-moyang mereka secara fanatik.
Jika kalimah syahadah itutidak boleh merevolusikan atau mengubahkan perangai seseorang itu supaya berbuatamal kebaikan,  maka itu bererti mereka belum lagi keluar dari gelap danmasuk ke dalam lingkungan cahaya.  Begitu juga wali-wali iblis yangmembawa mereka keluar dari cahaya masuk ke dalam lingkungan gelap.  Tetapibagi orang yang telah dipengaruhi sebenar-benarnya kalimah itu dan ia beramalsholeh dan meninggalkan dosa maksiat, maka inilah orang keluar dari dalam gelapmeskipun mungkin ia masih ada dosa. 

Comments

Popular Posts