KITAB MISKATU ANWAR V


Bahagian kedua
Penerangan bagi perumpamaan atau ibaratini melibatkan dua perkara penting;  yang sangat luas bidangnya.   Tetapi di sini saya berikan ringkasannya  sahaja.
Pertama:  Ilmu pengetahuan dan cara (method)  perumpamaan,  bagaimana ruh atauisi tanggapan (idea-idea) itu  terkandung dalam perumpamaantersebut;  perkaitan antara  keduanya;   keadaan batinpersamaan ini antara Alam Deria (Alam Pancaindera) sebagai acuan dan kebendaankepada perumpamaan dan Alam Tinggi yang dirinya turunnya  tanggapan idea.
Kedua:  Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan)kita,    dan  darjah cahaya yang ada pada tiap-tiapsatunya.
Kita bincangkan perumpamaan yang keduaini untuk menerangkan yang pertama itu.
 A.  Zhohir dan batin dalam perumpamaan:  Jenis dan pasangansejenisnya
 Alamini terbahagi kepada dua iaitu;
  • Alam Ruhani dan Alam Kebendaan atau
  • Alam Deria dan Alam Aqal atau
Alam boleh juga dikatakan Alam Tinggidan Alam Rendah.
Semua istilah-istilah alam tersebutadalah hampir ertinya antara satu dengan yang lain.  Perbezaan hanya padasegi pandangan sahaja.
  • Jika saudara anggap kedua-kedua Alam itu dari seginya masing-masing,  maka saudara menggunakan istilah pertama (Alam Ruhani dan Alam Kebendaan)
  • Jika  berkaitan dengan anggota yang melihatnya,  maka itu adalah yang kedua (Alam Deria dan Alam Aqal).
  • Boleh  juga saudara katakan Alam Zhohir dan Alam Ghaib.
Tidaklah hairan kenapa ada jugapenuntut-penuntut yang mengkaji ilmu ini terkeliru tentang banyaknyaistilah-istilah itu dan menyangka banyak pula tanggapan atau idea yangdimaksudkan.  Tetapi bagi orang yang mengenal hakikatnya, mereka  tidak akan menyangka istilah-istilah itu yang terpenting. Yang terpenting ialah maksud atau tanggapan yang dibawa oleh istilah-istilahitu.  Tetapi orang yang kurang pintar mungkin menganggap sebaliknya-iaitu ia mementingkan istilah dan tidak mementingkan maksud atau isinya. Pada pandangan mereka istilah itulah punca atau sumber tempat hakikat ituterbit.  Berkenaan dua jenis pandangan fikiran itu.  Al-Quranmenerangkan,
 "Siapakahyang lebih benar dipimpin,  orang yang berjalan dengan mukanya tertundukke bawah,  atau orang yang berjalan lurus tegak?"
 1. Dua alam:  Jenis dan pasangan sejenisnya

Demikianlah tanggapan atau idea penting kedua-dua alam tersebut.  Kemudiansaudara hendaklah tahu bahawa Alam Tinggi itu tidak ternampak oleh kebanyakanorang,  tetapi Alam Rendah ataupun Alam Nyata itu ternampak oleh semuaorang,  kerana ianya adalah Alam Deria {Alam Pancaindera} dari tempatAlam Deria atau Alam Nyata inilah;  kita naik ke Alam Akal atau AlamRohani.
Berjalan untuk menuju ke Alam Tinggiitu akan terhalang jika tidak ada perhubungan antara kedua alam itu.  Jikapengembaraan ke atas itu tidak mungkin,  maka tidak mungkin jugalah kitahendak menghampiri ke Hadirat Ilahi.  Tidak ada seorang pun akan sampaihampir di sisi Allah,  kecuali kakinya berdiri di tengah-tengah majlisatau bidang Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci itu.
Apa yang kita maksudkan dengan istilahatau perkataan "Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci"ituialah alam yang melampaui jangkauan atau capaian deria pemikiran ataukhayalan.  Kerana menurut hukum {undang-undang} tertinggi itu, bahawa ruh  yang mana asing kepada alam itu  tidak keluar dan tidakmasuk ke alam itu;  maka kita gelarkan ianya majlis atau bidangKetuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci.  Maka ruh manusia yangmenjadi saluran penzohiran (manifestasi) Yang Maha Tinggi itu,  bolehlahbarangkali digelarkan "Lembah Suci " (Al- Quran)
Majlis atau bidang Ketuhanan initerdiri daripada majlis, atau bidang-bidang yang lebih kecil.  Setengah daripadanyamasuk lebih jauh dari yang lain ke dalam tanggapan atau idea-idea KetuhananYang Maha Tinggi dan Maha Suci ini.  Tetapi istilah "Majlis ataubidang" ini meliputi semua peringkat yang kecil-kecil itu. Darikerana itu janganlah saudara sangkakan istilah-istilah ini mempunyaimaksud-maksud tersembunyi yang tidak difahami oleh orang-orang yang mempunyaimakrifat.  Di sini saya tidak mahu melanjutkan perkara ini keranaasyik dengan menerangkan istilah-istilah ini menyebabkan saya terkeluar daritajuk perbincangan kita.  Terpulanglah kepada saudara untuk mengkajiistilah-istilah tersebut.
Sekarang kita kembali kepada perkaraperbincangan kita.  Seperti yang kita katakan duhulu,  Alam Nyata iniadalah tempat bertolak ke Alam Tinggi itu.  Ayat yang bermaksud "Kemajuanpengembaraan di jalan yang lurus"  bererti  menuju ke tempatyang tinggi itu.  Ini boleh juga dikatakan "Al-Iman" dan"Tempatkediaman bimbingan yang benar".  Jika tidak ada perhubunganantara kedua-kedua alam tersebut,  maka tidaklah boleh naik seseorang itudari satu alam ke alam yang satu  lagi itu.  Allah memberi RahmatNyakepada Alam Nyata seperti juga diberiNya kepada Alam Ghaib itu.
Oleh itulah, tidak ada satu benda pun dalam Alam Nyata ini yang tidak menjadi simbol atauperumpamaan kepada perkara-perkara di dalam Alam ghaib itu.  AlamNyata ini adalah simbol atau atau qias atau ibarat atau perumpamaan AlamGhaib.  Mungkin juga satu benda di alam ini menjadi simbol atau bayanganatau kiasan beberapa perkara di Alam Ghaib,  begitu juga satu perkaradalam Alam Ghaib itu mungkin mempunyai beberapa simbol atau bayangan di AlamNyata ini.  Kita katakan sesuatu itu sejenis atau simbolik(seumpama)apabila nyata mempunyai dan bersesuaian dengan pasangannya itu dalam beberapaaspek.
Menghitung sepenuhnya semuasimbol-simbol atau perumpamaan-perumpamaan ini akan bererti menghitung semuabenda-benda dan perkara-perkara dalam dua alam tersebut.  Tidak adamakhluk yang dapat membilang dan menghitungnya.  Kebolehan manusia tidakcukup untuk mengetahuinya di masa lampau dan dengan umur kita yang pendekini,  kita tidak dapat menghuraikan sepenuhnya. Pada masa kini yang dapatsaya terangkan kepada saudara ialah satu contoh sahaja yang besar dan luas yangdiambil penerangan dan kesimpulan dari yang kecil dan sempit,  keranapintu penyelidikan kepada rahsia-rahsia ilmu ini masih dibukakan kepadasaudara.
2.  Al-Quransebagai Matahari "Aqal"
 

Selanjutnya adalah diperhatikan bahawa meskipun Aqal manusia itu sebenarnyamelihat tetapi benda-benda yang dilihatnya bukanlah semuanya terletak di bidangyang sama.  Dalam beberapa hal,  pengetahuan telah sedia adaterkandung dalam Aqal itu seperti halnya dengan kebenaran yang telah memangpasti,  umpamanya:
  • sesuatu perkara yang sama tidak boleh bersama dengan asalnya dan
  • di samping itu juga tanpa asalnya atau wujud di samping tidak wujud;  atau
  • sesuatu perkara itu benar dan tidak benar;  atau
  • pertimbangan yang benar bagi sesuatu perkara adalah benar juga bagi sesuatu perkara yang serupa; atau
  • wujud yang khusus mesti diikuti juga oleh wujud yang umum.
Misalnya:
hitam membawapengertian tentang wujud "warna".
Begitu juga dengan "Manusia" dan "binatang".
Tetapi perkaitan tersebut bukanlahpasti benarnya kepada Aqal kerana "warna" tidak melibatkan"hitam" dan begitu juga "binatang" tidak melibatkan"manusia" dan banyak (proposition) atau masalah yang lain.
Ada yang wajib,  ada yangmungkin,  dan ada yang mustahil.  Ada juga proposisi yang  tidakbersetujuan dengan Aqal apabila proposisi atau masalah itu kembali semulakepada Aqal,  proposisi itu terpaksa menggoncang Aqal,  menggerakkanAqal. Pukulkan logam pada besi supaya keluar api.  Misalan masalahseperti ini ialah Teori Spekulasi (masalah pertimbangan) dan untuk mengetahuiteori itu, Aqal terpaksa dibangkitkan dengan Qalam (logik) falsafah. Apabila cahaya falsafah telah bersinar,  maka manusia pun melihat apa yangsebenarnya,  pada hal sebelum itu, penglihatannya itu terpendam. Falsafah paling agung ialah Qalam Allah umumnya dan al-Quran khususnya.
Oleh yang demikian,  ayat-ayatAl-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata.  Denganadanya cahaya matahari,  perbuatan melihat dapat dilaksanakan.  Olehitu, Al-Quran itulah yang paling wajar dinamakan "cahaya" sepertimanacahaya matahari itu digelar cahaya juga.
Kesimpulannya, al-Quran itu adalahibarat matahari dan Aqal itu ibarat cahaya mata.  Di sini tahulah kitamaksud ayat Al-Quran;
"Percayalahkepada Allah dan RasulNya dan cahaya yang Kami turunkan".
dan ayat;
"Telah datangbukti yang nyata dari Tuhanmu dan Kami turunkan cahaya yang terang".
3. Alam Nyata danAlam Ghaib: dan cahaya keduanya
 

Sekarang saudara telah tahu bahawa ada jenis mata iaitu;
Mata zhohir dan mata batin.  Matazhohir termasuk dalam Alam Deria atau Alam Pancaindera.  Mata batintermasuk dalam Alam Keruhanian atau Alam Ghaib.  Tiap-tiap mata tersebutada mempunyai matahari dan cahaya masing-masing,  supaya dapat melihatdengan sempurna.
Matahari pun ada dua jenis.  Satudaripada matahari ini ialah matahari biasa yang nampak oleh deria lihat danyang satu lagi ialah termasuk dalam bidang Alam Ghaib;  iaitu al-Quran danlain-lain kitab Allah.  Jika ini telah diterangkan sepenuhnya danseterang-terangnya kepada saudara,  maka satu daripada pintu Alam Ghaibini telah dibuka kepada saudara.
Alam ini penuh dengan keajaiban.  Ialebih hebat dari alam yang nampak oleh mata kasar itu.  Orang yangtidak mempedulikan Alam tinggi itu dan hanya melekatkan dirinya dengan alamnyata sahaja,  maka dia itu adalah ibarat binatang dan bukan manusiasebenarnya.  Dia lebih sesat lagi dari binatang kerana binatang itu tidakdikurniakan sayap untuk terbang ke Alam tinggi itu.  Al-Quran adamenerangkan orang seperti itu dengan firman Allah;
"Orang-orangyang demikian itu adalah lembu kerbau,  bahkan lebih sesat lagi".
Perkaitan Alam Kasar dengan Alam Ghaibitu adalah ibarat kulit buah dan isinya atau ibarat bentuk(acuan) dengan nyawa,atau gelap dengan terang, atau neraka dengan syurga.  Kerena itulah AlamGhaib itu digelar Alam Tinggi atau Alam Ruh atau Alam Nur (cahaya) dan AlamNyata ini digelar Alam Bawah atau Alam Rendah,  atau Alam Benda atau AlamGelap.
Tetapi janganlah saudara anggap apayang saya maksudkan dengan Alam Tinggi ini sebagai langit atau tujuh petalalangit,  meskipun ia berada di atas.  Langit itu dapat dilihat olehmata kasar manusia dan binatang.  Tetapi pintu ke Alam Tinggi itu tertutupkepada manusia dan manusia bukan menjadi penghuni alam itu kecuali;
"Bumi inibaginya bertukar menjadi bukan bumi,  dan begitu jugalah langit".(Al-Quran).
Pendeknya,  kecuali semua yangmendatang ke dalam bidang deria dan khayalan termasuk langit yang kelihatan itumenjadi buminya dan langit itu melebihi jangkauan derianya.  Inilahkenaikan (mikraj) pertama bagi setiap Salik (orang dalam perjalanan menujuAllah) dalam perjalanannya menuju  ke Hadirat Allah SubhanahuwaTaala.  Manusia telah dihantarkan ke tempat yang rendah dan kemudianmestilah manusia itu naik ke tempat paling tinggi.
Bukan seperti para malaikat, kerana malaikat itu adalah termasuk dalam Alam Keruhanian itu,  sentiasaberada di hadirat Allah dan dari situ mereka melihat ke alam rendah ini. Nabi Muhammad SAW.  pernah berkata;
"Allah menciptamakhluk  dalam kegelapan;  kemudian dipancarkan Nur (cahaya) kepadamakhluk itu".
dan sabda beliau lagi yang bermaksud;
"Allah mempunyaimalaikat-malaikat yang tahu kerja-kerja manusia lebih dari manusia itumengetahui dirinya".
Adalah Nabi-Nabi apabila mereka mikrajke Alam Tinggi itu,  mereka sampai ke tempat
yang paling tinggi.  Dari situ mereka melihat keseluruhan alam ghaib itukerana orang yang berada d Alam Tinggi tersebut adalah bersama Allah danmempunyai kunci kepada yang ghaib.  Saya maksudkan iaitu dari tempat dimana orang itu menjadi sebab kepada benda-benda yang ada ini turun ke dalamalam deria atau alam nyata.  Ini adalah kerana alam nyata ini adalah satudaripada kesan-kesan daripada alam tinggi itu.  Alam nyata ini adalahkeluaran atau terbitan dari alam ghaib itu seperti ibarat bayang-bayang ituterbitan dari sesuatu badan atau ibarat air buah yang keluar dari buah, atauakibat dari sebab.
Kunci daripada ilmu berkenaan kesan atauakibat itu dicari dan didapati dalam sebab.  Kerana itulah alam nyata iniadalah sati jenis daripada alam ghaib, seperti yang kita nampak apabila kitamengkaji tentang Misykaat (ceruk), lampu dan pokok kerana sesuatu yangdibandingkan itu tentulah sejajar dan ada persamaan dengan sesuatu dengan yangdiperbandingkan, samada persamaan itu jauh atau dekat.  Ini pun satuperkara lagi yang sangat mendalam pengajiannya.  Barang siapa yangmengetahui maksud batinnya akan dilihatlah dengan mudah tentang kebenaran dankesungguhan jenis-jenis itu dalam Al Quran.
Saya (Imam Ghazali) katakan bahawa apasahaja yang  yang  melihat diri dan bukan diri patut sekali mendapatgelaran "cahaya" dan apa yang memberi tambahan kepada itu dengan satulagi tugas,  iaitumenjadikan  "bukan diri" ituboleh kelihatan,  adalah lebih wajar lagi digelar"cahaya".  Lebih wajar daripada sesuatu yang tidak ada kesan apapun walaupun di luar dirinya.
Inilah cahaya yang berhak dinamakan"lampu yang  bersinar" (Al-Quran) kerana cahayanya terpancarkepada bukan diri.  Inilah sifatnya Ruh Kenabian yang tinggi itu, kerana melalui caranya itulah terpancar sinaran ilmu ke alam ini.  Inimenerangkan juga kenapa Allah memberi Muhammad gelaran "yangbersinar"(Al-Quran).  Semua Nabi-nabi itu adalah lampu-lampu danbegitu juga orang-orang Alim(berilmu);  tetapi perbezaan antara merekaadalah tidak terkira.
4. Cahaya ini sebagailampu-lampu Alam Rendah dan Alam Tinggi; dengan susuanan dan peringkatnya.
 

Jika sewajarnyalah digelar sesuatu itu yang dirinya cahaya pandangan ituterpancar keluar sebagai "Lampu Yang Bersinar",  maka sesuatuitu yang dirinya lampu itu dengan sendirinya terpasang nyala,  bolehlahdiibaratkan sebagai api. 

Comments

Popular Posts