TERJEMAH KITAB MISKATUL ANWAR-IMAM GHOZALI I


PENDAHULUAN
Puji-pujian bagiAllah yang melimpahkan keluar Nur (cahaya) yang memberi penglihatan, dan darirahsia yang Maha tinggi menyingkap hijab (tabir) malam.
Selawat dan salam kepadaMuhammad SAW.; cahaya bagi segala cahaya; penghulu orang-orang yangsholeh,  kekasih Allah;  guru kepada mereka yang diberikeampunan;  kepadanya diberi kesejahteraan;  tangan yang melawan danmemukul kepada orang-orang yang berdosa dan kepada orang-orang kafir.
Saudaraku!'
Semoga Allah memberisaudara kebahagiaan yang maha tinggi yang ingin dicari oleh manusia; menjadikan saudara sebagai orang yang dipilihNya untuk naik ke derajat yangpaling tinggi dan memenuhi pandangan saudara dengan cahaya hakikat,  danmembuang dari batin saudara apa yang bukan hakiki.  Saudara meminta sayamenyampaikan rahsia-rahsia cahaya ketuhanan beserta dengan Qiyas-qiyas atauperumpaan yang ada di sebalik maksud-maksud lahir ayat al-Quran dan hadis yangtertentu terutama;
"Allah cahaya langitdan bumi.  Perumpamaan cahayaNya itu laksana sebuah Misykaat;  didalamnya ada lampu.  Lampu itu di dalam sebuah kaca.  Kaca itulaksana bintang yang gemerlapan. Dipasang dari sebatang kayu yang beroleh berkat,iaitu (minyak) pohon zaitun, tidak timur, dan tidak barat.  Hampir sahayaminyak itu bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api. Cahaya AtasCahaya". (Surah An-Nur: 35)
"Tetapi bagiorang-orang kafir, perbuatan mereka itu adalah ibarat kegelapan yangbertimbun-timbun di laut yang sangat dalam yang berombak dan dilapisi lagidengan ombak di atas awan gelap, Gelap di atas Gelap, sehingga jika seseorangmenjulurkan tangannya, tidaklah kelihatan tangan itu.  Sesungguhnyabarangsiapa yang Allah tidak beri cahaya, maka tidaklah ada cahayabaginya".
Apakah yang dimaksudkanoleh Allah dengan perbandingan atau Qiyas antara cahaya dan Misykaat(ceruk) ,dan kaca, dan lampu, dan minyak, dan pokok itu?.
Dan perhatikan hadis ini;
"Allah mempunyaitujuh puluh ribu hijab (tabir) cahaya dan kelam.  Sekiranya Ia membukahijab itu, maka KeagunganNya pasti akan menghancurkan sesiapa yang mengenalinyadengan pandangan".
Demikianlah permintaansuadara.  Tetapi dengan permintaan itu saudara telah bercita-cita hendakmemanjat ke tempat yang tinggi yang sukar didaki.  Tinggi sekali, hinggatidaklah tergamak oleh manusia biasa.  Suadara telah mengetuk pintu yangterkunci yang hanya akan dibuka kepada mereka yang mengetahui dan mengenaldengan sebenarnya dan tetap keyakinannya.  Tambahan pula, bukan setiaprahsia itu akan dibentang atau dipamirkan kerana;
"Hati-hati yang muliaitu menutup rahsia-rahsia seperti liang lahad".
atau sebagaimana kataorang Arif;
"Membuka rahsiaKetuhanan itu adalah seperti menafikan Tuhan".
atau sebagaimana sabdaNabi Muhammad SAW.;
"Ada satu ilmuseperti keadaan benda yang tersembunyi,  tidak siapa yang tahu kecualimereka yang tahu dan kenal kepada Allah".
Jika rahsia itudikeluarkan,  hanya orang-orang yang jahil sahaja akan menafikannya. Walau bagaimanapun,  ramai orang-orang jahil itu,  rahsia-rahsia itumestilah dipelihara dan jangan dibiarkan dinodai oleh orang-orang yangberdusta.
Tetapi saya percaya, hati saudara telah dibuka oleh cahaya itu dan kesedaran saudara telah bersihdari gelap kejahilan.  Oleh itu,  saya tidak teragak-agak membawasaudara menuju hakikat yang mulia dan suci itu kerana kesalahan menyembunyikanilmu dari orang-orang yang menghendakinya adalah sama seperti kesalahanmengeluarkan ilmu kepada orang-orang yang mensia-siakannya, seperti katapenyair;
"Orang yang memberiilmu kepada si bodoh akan hilanglah ilmu itu; orang yang yang menahan ilmu dariorang yang memerlukannya, adalah membuat dosa'.
Saudara hendaklah berpuashati dengan penerangan yang ringkas berkenaan perkara ini.  Jika hendakdiceritakan sepenuhnya,  maka terpaksalah dihuraikan pokok-pokok danranting cabangnya.  Untuk itu, pada masa ini saya tidak mempunyai cukupmasa dan fikiran serta daya upaya saya pun tidak bebas untuk itu.  Kuncikepada semua hati adalah di tangan Allah.  Dia membuka hati itu apabiladikehendakiNya menurut kehendakNya dan dengan apa sahaja yangdikehendakiNya.  Pada masa ini, cukuplah dibukakan kepada saudara tiga babatau bahagian.  Yang pertama adalah seperti berikut.
1."Cahaya"sebagaicahaya biasa: sebagai "mata";  sebagai "Aqal"
 
Cahaya hakiki (yang sebenar) ialah Allah.  Laindaripada itu, nama "cahaya" adalah hanya perumpamaan sahaja dan tidakmembawa maksud yang sebenar.
Untuk menerangkan perkara ini, saudara hendaklah tahu bahawa perkataan "cahaya" itu digunakan ditiga tempat pengertian.
Pertama, digunakanoleh kebanyakan orang.
Kedua,  digunakan oleh sedikit orang dan;
Ketiga,  digunakan oleh beberapa orang sahaja.
Kemudian saudara hendaklah tahuberbagai-bagai peringkat cahaya yang berkaitan dengan yang kedua dan ketiga dandarjah-darjah hakikat yang ada bersangkutan dengan peringkat-peringkattersebut,  agar dengan itu saudara dapat mengetahui,  setelahperingkat-peringkat ini menjadi bertambah terang kepada saudara,  bahawaAllah itulah cahaya paling tinggi dan terakhir.  Selanjutnya apabilahakikat yang berkaitan dengan tiap-tiap peringkat itu telah ternampak, maka disedarilah bahawa Allah itu sahajalah yang hakiki,  cahayasebenarnya,  dan yang lain tidak mempunyai cahaya apa-apa.
Pengertian Pertama
Sekarang mari kita bincangkanpengertian yang pertama.  Di sini perkataan "cahaya"menunjukkan"fenomena" atau kejadian.  Fenomena atau apa yang nampakialah istilah relatif (bandingan dan berubah-ubah),  kerana sesuatu ituternampak kepada sesuatu yang lain dari dirinya,  atau tersembunyidaripada sesuatu yang lain dari dirinya.  Maka dengan itu,  nampakatau tidak nampak adalah relatif sahaja.  Selanjutnya pula,  nampakdan tidak nampak itu adalah relatif (bandingan) kepada kebolehan memandang(Perceptive faculties).  Pada kebanyakan orang kebolehan memandang yangpaling kuat dan terang ialah deria-deria (senses).  Satu daripadaderia-deria itu ialah deria lihat atau penglihatan mata.  Benda-benda inipula dari segi deria lihat terbahagi kepada jenis-jenis berikut;


1.  Tanda-tandayang dengan sendirinya tidak boleh kelihatan, seperti benda-benda atau badanyang kelam (gelap).
2.  Tanda-tandayang dengan sendirinya boleh kelihatan,  tetapi tidak boleh membuatbenda-benda lain kelihatan,  seperti bintang-bintang,  api yangsebelum menyala.
3.  Tanda-tandayang dengan sendirinya boleh kelihatan dan juga membuat benda-benda lain bolehkelihatan,  seperti bulan,  matahari,  atau lampu dan api yangmenyala.
Nama cahaya inidiberi kepada golongan jenis yang mombor tiga(3) di atas itu. Kadang-kadang kepada apa yang terpancar dari benda-benada yang bersinar ini danpancaran itu terjatuh atau tertumpu kepada bahagian luar benda-benda yang kelam(tidak lut sinar) iaitu apabila kita katakan "bumi diterangi"ke dinding atau ke pakaian dan kadang-kadang kepada benda-benda yang bersinaritu sendiri kerana benda-benda itu bersinar dengan sendirinya.
Kesimpulannya,  cahaya ialahperkataan yang digunakan kepada apa yang dengan sendirinya boleh kelihatan danmembuat yang lain kelihatan,  seperti matahari.  Inilah takrif(definisi) cahaya dan hakikat berkenaan cahaya menurut pengertian yang pertamaitu.
Pengertian Yang Kedua
Kita telah lihat sekarang bahawahakikat cahaya itu ialah apa yang nampak kelihatan oleh orang yangmelihat;  dan penglihatan itu;  terkadang kepada wujudnya dua perkaraiaitu;
  • 1.  cahaya.
  • 2.  mata yang melihat.
kerana meskipun cahaya itu adalah apayang nampak dan disebabkan supaya nampak,  namun ia tidak nampak ataudisebabkan supaya nampak kepada orang-orang buta.
Oleh  yang demikian,  ruh(safiriah) si pelihat adalah sama penting dengan cahaya yang boleh dilihatitu.  Ruh itu memainkan peranan penting dalam penglihatan bahkania lebih penting kerana ruh si pelihat itulah yang mengerti dan melalui ruhitulah fahaman atau pengertian terjadi atau terjelma.  Cahaya tidakada pengertian dan tidak ada pengertian atau fahaman berlaku melaluinya. Tetapi hanya semata-mata apabila ia ada hadir sahaja.
Sebenarnya perkataan "cahaya"itu ialah cahaya yang melihat yang kita namakan "mata". Dengan demikian,  manusia memakai perkataan "cahaya" itukepada cahaya mata.
Orang yang kaburmatanya,  dikatakan "cahaya penglihatannya kabur".
Orang yang lemah penglihatan dikatakan "cahaya pandangan matanyalemah".
Orang yang buta dikatakan "cahayanya habis gelap"
Adalah dikatakan bahawa anak mata itumenumpukan "cahaya" pandangan dan memperkuatkannya.  Bulu matapula dijadikan Allah berwarna hitam dan dijadikan untuk memandu dua biji mataitu pula berpusing-pusing supaya menumpukan "cahayanya." Dikatakan juga mata putih itu menyelerakkan "cahaya mata" itu danmelimpahkannya,  dan memandang lama kepada permukaan putih berkilau, atau lebih lagi memandang cahaya matahari akan menyilaukan "cahayamata" itu dan mencacatkannya seperti mana permukaan yang lemah dicacatkanoleh permukaan yang kasar dan kuat.
Sekarang tahulahsaudara bahawa ruh si pelihat itu digelar cahaya.  Kenapa digelar demikianitu dan kenapa sewajarnya digelar demikian itu?.  Inilah pengertian keduayang diketahui oleh sedikit orang sahaja.
Pengertian YangKetiga.
Hendaklah saudara tahu selanjutnyaiaitu cahaya penglihatan biasa itu mempunyai beberapa kekurangan ataukecacatan.
  • Ia melihat benda lain tetapi tidak melihat dirinya sendiri.
  • Ia juga tidak dapat melihat perkara yang sangat jauh atau yang sangat dekat.
  • Ia tidak dapat melihat perkara yang di belakang dinding.
  • Ia melihat yang diluar sahaja dan tidak nampak yang di dalam.
  • Ia melihat bahagian-bahagian sahaja bukan keseluruhan.
  • Ia melihat perkara yang terbatas atau terhad dan tidak nampak perkara yang tidak terbatas.
  • Dalam melihat itu pula,  ia banyak membuat kesalahan,  kerana apa yang sebenarnya besar,  pada pandangannya nampak kecil, apa yang jauh nampak dekat, apa yang diam nampak bergerak, apa yang bergerak nampak diam.
Inilah tujuh kecacatanyang ada pada mata biasa itu.
Jika ada mata lainyang tidak mempunyai kecacatan atau kekurangan tersebut di atas,  bukankahbetul juga jika mata sedemikian itu diberi nama "Cahaya" juga?.
Ketahuilah bahawa ada sejenis mata diAlam Aqal atau jiwa manusia,  yang bebas dari kekurangan dari kecacatanyang ada pada mata biasa ini.  Itulah yang digelarkan "Aqal","Ruh", "Jiwa".  Tetapi di sini eloklah kitatinggalkan sahaja beberapa istilah tersebut kerana istilah-istilah yang banyakitu menyebabkan orang yang kurang pintar fikirannya akan menyangka banyak pulaidea-idea atau tanggapan-tanggapan yang dimaksudkan oleh istilah-istilahitu.  Apa yang kita maksudkan ialah sesuatu yang membezakan orang yangberfikiran dengan bayi,  dengan binatang dan dengan orang gila. "Sesuatu itu"  kita katakanlah ia sebagai "Aqal". Tak usahlah kita gunakan istilah-istilah seperti ruh atau jiwa itu, supaya tidak mengelirukan perbincangan kita itu.  Kita pakai perkataanAqal sahaja untuk semuanya.  Oleh yang demikian itu, aqal itu lebihbaik kita namakan "cahaya" dan tidak dinamakan "mata"kerana "Aqal" itu tidak mempunyai tujuh macam kecacatan ataukekurangan yang tersebut tadi.
Kita bincangkan sekarang.
Kekurangan danKecacatan Pertama.
Mata itu tidak dapat melihat dirinyasendiri tetapi Aqal dapat melihat dirinya dan juga yang lain.  Ia melihatdirinya dan tahu yang ia ada diberi ilmu, kuasa dan lain-lain;  danmelihat ilmunya sendiri dan melihat ilmu bagi ilmunya,  dan seterusnya.  Inilah keadaan mata batin yang dinamakan Aqal itu.  Mata biasa(lahir) tidak mempunyai sifat-sifat seumpama itu.
Kekurangan danKecacatan Kedua.
Mata kasar atau mata biasa ini tidakdapat melihat apa yang sangat dekat dan juga yang sangat jauh.  tetapibagi Aqal,  tidak ada bezanya antara dekat dan jauh.  Dengan sekelipmata, Aqal dapat naik ke langit yang paling tinggi,  sekelip mata juga iamenurun ke perut bumi.  Jadi,  jelaslah kepada kita bahawa Aqal itutidak tertakluk kepada tanggapan atau idea "JAUH" dan"DEKAT",  yang mana kedua idea itu berpakai dalam AlamKebendaan sahaja,  tetapi Aqal termasuk dalm bidang Yang Suci dan Tinggi.
Ini menunjukkan bahawa Aqal itu adalahsatu pulau atau "ceruk" atau contoh sifat-sifat Ketuhanan. Contoh ini pastilah bersesuaian atau sepadan dengan asalnya,  meskipun iatidak sampai ke tingkat persamaan atau setaraf dan ini mungkin menyedarkansaudara tentang maksud yang sebenarnya berkenaan hadi Nabi SAW. yangbermaksud;

Comments

Popular Posts