KITAB MISKATUL ANWAR III


"Allah mempunyaimalaikat-malaikat yang tahu kerja-kerja manusia lebih dari manusia itumengetahui dirinya".
Adalah Nabi-Nabi apabila mereka mikrajke Alam Tinggi itu,  mereka sampai ke tempat
yang paling tinggi.  Dari situ mereka melihat keseluruhan alam ghaib itukerana orang yang berada d Alam Tinggi tersebut adalah bersama Allah danmempunyai kunci kepada yang ghaib.  Saya maksudkan iaitu dari tempat dimana orang itu menjadi sebab kepada benda-benda yang ada ini turun ke dalamalam deria atau alam nyata.  Ini adalah kerana alam nyata ini adalah satudaripada kesan-kesan daripada alam tinggi itu.  Alam nyata ini adalahkeluaran atau terbitan dari alam ghaib itu seperti ibarat bayang-bayang ituterbitan dari sesuatu badan atau ibarat air buah yang keluar dari buah, atauakibat dari sebab.
Kunci daripada ilmu berkenaan kesan atauakibat itu dicari dan didapati dalam sebab.  Kerana itulah alam nyata iniadalah sati jenis daripada alam ghaib, seperti yang kita nampak apabila kitamengkaji tentang Misykaat (ceruk), lampu dan pokok kerana sesuatu yangdibandingkan itu tentulah sejajar dan ada persamaan dengan sesuatu dengan yangdiperbandingkan, samada persamaan itu jauh atau dekat.  Ini pun satuperkara lagi yang sangat mendalam pengajiannya.  Barang siapa yangmengetahui maksud batinnya akan dilihatlah dengan mudah tentang kebenaran dankesungguhan jenis-jenis itu dalam Al Quran.
Saya (Imam Ghazali) katakan bahawa apasahaja yang  yang  melihat diri dan bukan diri patut sekali mendapatgelaran "cahaya" dan apa yang memberi tambahan kepada itu dengan satulagi tugas,  iaitumenjadikan  "bukan diri" ituboleh kelihatan,  adalah lebih wajar lagi digelar"cahaya".  Lebih wajar daripada sesuatu yang tidak ada kesan apapun walaupun di luar dirinya.
Inilah cahaya yang berhak dinamakan"lampu yang  bersinar" (Al-Quran) kerana cahayanya terpancarkepada bukan diri.  Inilah sifatnya Ruh Kenabian yang tinggi itu, kerana melalui caranya itulah terpancar sinaran ilmu ke alam ini.  Inimenerangkan juga kenapa Allah memberi Muhammad gelaran "yangbersinar"(Al-Quran).  Semua Nabi-nabi itu adalah lampu-lampu danbegitu juga orang-orang Alim(berilmu);  tetapi perbezaan antara merekaadalah tidak terkira.
4. Cahaya ini sebagailampu-lampu Alam Rendah dan Alam Tinggi; dengan susuanan dan peringkatnya.
 
Jika sewajarnyalah digelar sesuatu itu yang dirinya cahayapandangan itu terpancar keluar sebagai "Lampu Yang Bersinar", maka sesuatu itu yang dirinya lampu itu dengan sendirinya terpasangnyala,  bolehlah diibaratkan sebagai api.
Semua lampu-lampu Alam Rendah (AlamNyata) ini pada asalnya dipasang dari cahaya Maha Tinggi,  dan berkenaanRuh Kenabian itu ianya ditulis sebagai "Minyaknya bersinar meskipun tidakdisentuh oleh api". dan menjadi "cahaya atas cahaya" apabiladisentuh oleh api.  Dengan itu,  punca atau sumber yang menyalakanruh-ruh rendah itu ialah Ruh-ruh Maha Tinggi,  sebagaimana diceritakanoleh Sayyidina Ali dan Ibn. Abbas r.a demikian;
"Allah mempunyaisatu malaikat yang mempunyai 70,000 muka.  Bag tiap-tiap satu muka ini ada70,000 lidah dan lidah ini sentiasa memuji Allah SWT.".
Inilah dia yang dibezakan dari semuamalaikat dalam ayat yang  bermaksud;
"Pada hari dimana ruh itu berdiri dan malikat berbariskan bersaf-saf".(Al-Quran).
Ruh-ruh Alam Tinggi ini,  jikamereka dianggap sebagai sumber yang menyalakan lampu-lampu Alam Rendahini,  maka bolehlah dibandingkan dengan "API" dan menyalanya itutidak dapat dilihat kecuali  "di atas tepi gunung". (Al-Quran).
Sekarang marilah kita bincangkanperkara yang berkenaan lampu-lampu Alam Tinggi ini yang dirinya dipasanglampu-lampu Alam Rendah ini.  Marilah kita susun lampu-lampu itu menurutnyalanya  satu lepas satu yang paling atas dalam susunan itu ialah namacahaya yang paling mulia dan dialah yang mengambil tempat paling tinggi dalamsusunan itu.
Perumpamaan susunan ini di alam deria(pancaindera) hanya boleh difahami oleh seseorang yang melihat cahaya bulanyang menembusi tingkat rumah,  dan cahaya itu tertumpu kepada sekepingcermin yang terlekat pada dinding,  dan cahaya itu berbalik ke dindingyang satu lagi,  dan seterusnya berbalik menuju lantai.  Makateranglah lantai itu.
Cahaya lantai itu datang daridinding,  dan cahaya dinding itu datang dari cermin,  dan cahayacermin itu datang dari bulan,  dan cahaya bulan datang dari matahari, kerana matahari itu yang menyinarkan cahayanya pada bulan.
Dengan itu,  empat cahaya initersusun bertingkat-tingkat satu lepas satu.  Tiap-tiap satu cahaya lebihsempurna dari yang satu lagi,  dan tiap-tiap ada mempunyai tingkatantertentu dan darjat sewajarnya yang tidak boleh melampaui tingkatan darjat bagidirinya itu.
Ingin saya(Imam Ghazali) beritahukepada saudara, bahawa telah ternyata kepada orang yang mempunyai makrifat, iaitu jika demikianlah susunan cahaya-cahaya Alam Tinggi itu.  Maka yangpaling tinggi ialah yang paling hampir dengan cahaya terakhir atau sumbercahaya itu.  Maka dengan itu,  Israfin(malaikat) adalah lebih tinggidari pangkat Jibrail.  Dan di kalangan mereka itu ada malaikat yang hampirsekali dengan Hadirat Allah SWT.,  dan Allah itulah yang menjadi sumbercahaya-cahaya ini,  dan di kalangan itu pula ada manusia yang palinghampir;  dan di antara kedua peringkat itu banyak dan adasusunan-susunannya pula,  berperingkat-peringkat.
Oleh itulah dikatakan;
"Tidak seorangpun daripada kamu melainkan mempunyai tempat kedudukan tertentumasing-masing",
dan;
"Sesungguhnyakami adalah berpangkat;  kami adalah daripada mereka yang mulutnyasentiasa memuji Allah". (Al-Quran).
5. Sumber semuaperingkat cahaya:  Allah
 

Kemudian ingin saya hendak beritahu  saudara bahawa peringkat-peringkatcahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa had.  Had atau peringkatmuktamatnya ialah cahaya yang bercahaya dengan sendirinya.  Cahaya tidakdidatangkan dari punca yang lain ;  bahkan cahaya itulah yang mengeluarkancahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat masing-masing.
Tanya diri saudara sendiri. Manakah yang lebih patut dipanggil cahaya;  yang bercahaya sendirinya danmenyinari yang lain,  atau pun yang cahayanya datang dari sumber lain daridirinya?.  Tentu saudara telah tahu jawapannya, bukan?  Denganitu,  dapatlah kita kesimpulan bahawa panggilan cahaya itu sebenarnyapatut diberi kepada cahaya tertinggi itu.  Di atas itu tidak ada cahayalagi,  bahkan cahaya yang lain itu datang daripadanya.
Berani saya katakan bahawa istilah"cahaya" ini sepatutnya diberi kepada cahaya yang tertinggi itu danyang lain dari itu sebenarnya tidak bercahaya.  Cahaya yang ada pada yanglain itu adalah pinjaman semata-mata.  Mereka sendiri tidak mempunyaicahaya,  hanya berharapkan cahaya pinjaman.  Jadi,  merekasebenarnya tidak ada cahaya.  Memanggil "orang yangmeminjam"  dengan nama "orang yang memberi pinjam" adalahsemata-mata panggilan tanpa isi sebenarnya.  Cubalah fikirkan, siapakahsebenarnya yang mempunyai barang (di sini katakanlah, kuda), orang yang memberipinjam kuda tunggangan  atau orang yang meminjam kuda tungganganitu?  Yang mempunyai kuda tunggangan itukah yang berharta (di siniberkuda) atau orang yang meminjam itu yang berharta?  Orang  yangmeminjam itu tetap tidak mempunyai kuda kerana kuda bukan dia yang punya. Yang mempunyai kuda itulah tuannya.
Oleh yang demikian,  cahaya hakikiialah Dia yang menjadikan makhluk dan mentadbir mereka itu.  Dia yangmemberi cahaya dan menahan cahaya.  Tidak ada sekutu baginya.  Cahayaitu Dia punya.  Yang lain tidak berhak campur tangan dalamurusanNya.  Kecuali ada juga Dia menggelar yang dijadikan itu"cahaya" semata-mata kerana ia menghendaki supaya dipanggildemikian.  Ibarat tuan yang hendak memberi hanya satu hadiah,  dandiberinya hamba itu nama "tuan".  Apabila hamba itu menyedarihakikat ini,  dia pun tahulah bahawa dirinya itu dan kepunyaannya ituadalah hak tuannya,  bukan hak dirinya.  Allah itulah tuan yangmempunyai sekelian Alam,  dan tidak ada apa dan siapa pun yang bersyarikatdengan Dia.
Sekarang tahulah saudara bahawa cahayaitu  ialah yang kelihatan dan ternampak.
Saudara juga telah tahuperingkat-peringkat cahaya itu.  Selanjutnya saudara tahu juga bahawatidak ada gelap yang lebih gelap dari "bukan wujud" kerena sesuatubenda yang gelap itu dipanggil "gelap" kerena ia tidakkelihatan.  Ia tidak terlihat meskipun ia ada wujud.  Tetapi yangtidak ada wujud pada pandangan orang lain dan pandangan dirinya adalah yangpaling  gelap.
Sebaliknya atau lawannyaialah wujud,  dan wujud ialah cahaya,  kerena kecuali benda ituterzhohir pada yang lain,  wujud itu terbahagi kepada dua jenis. Satu,  ialah yang mempunyai wujud pada dirinya;  dan dua,  ialahwujudnya itu didapati dari bukan dirinya.  Wujud jenis yang kedua iniialah wujud pinjaman,  yang bererti tidak wujud sendirinya,  bahkanpada hakikatnya,  ia tidak wujud.  Wujud itu itu tergantung kepadayang lain.  Oleh itu,  pada hakikatnya ia tidak wujud,  sepertiperumpamaan orang yang mempunyai kuda dengan orang yang yang meminjam kudatadi.
Oleh itu,  Wujud Hakiki ialahAllah Subhanahuwa Taala dan juga cahaya hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taalajua.
6. Hakikat bagisegala Hakikat.
 
Dari titik permulaan inilah makrifat Allah naik ke atas dariMajazi (bukan sebenarnya) kepada Hakiki.  Ibarat memanjat dari tanah rendahke gunung yang tinggi,  dan di tingkat akhir kenaikkan mereka itu dapatlahmereka melihat bahawa sebenarnya tidak ada yang lebih wujud kecuali Allahsahaja dan"segalanya binasa kecuali wajahNya" (Al-Quran).
Bukanlah binasa dan hancur serta dimasa-masa yang tertentu, tetapi adalah binasa dan hancur musnah sentiasa. Apa sahaja selain Allah,  apabila dipandang dari segi dirinya, adalah pada hakikatnya,  tidak wujud.  Wujud yang ada pada sesuatuselain Allah itu adalah semata-mata pemberian Allah jua.  Allah yangmemberi makhluk itu wujud.  Wujud makhluk itu bergantung kepada WujudAllah.  Oleh yang demikian, Wajah Allah itulah yang sebenarnya Wujud.
Tiap-tiap sesuatu itu ada duawajah.  Wajahnya dan Wajah Allah.  Wajahnya itu tidak adaapa-apa,  tetapi Wajah Allah itulah yang sebenarnya Wujud.  Denganitu, tidak ada Yang Wujud kecuali Allah.  Segala-gala yang lain adalah binasadan hancur lebur,  melainkan Allah yang berkekalan sentiasa.
Orang-orang yang mempunyai makrifatseperti ini tidak perlu menunggu kebangkitan hari Qiyamat untuk mendengar Allahberfirman;
"Siapakah yangberkuasa hari ini?  Allah sahaja Yang Esa dan tidak ada tandinganNya"(Al-Quran).
kerana firman itu sentiasa kedengaranoleh mereka yang mempunyai makrifat itu.  Mereka hairan mengapaditeriakkan "Allahhu Akbar" yang menunjukkan ia lebih besar daripadasegala kebesaran yang lain.  Kenapa? kerena yang besar itu adalah Dia danDia sahaja yang mempunyai kebesaran.  Lain dari Dia tidak ada besarnyabahkan yang lain itu adalah kosong,  tiada ada yang bersekutu denganDia.  Semua yang wujud ini,  pada hakikatnya adalah WujudNyajua.  Tidaklah mungkin Dia itu "Lebih Besar" dari wajahNyasendiri.  Allah itu Maha Agung dan Maha Besar,  tidak bolehdikatakan  "Lebih Besar" atau "Paling Besar" , kerena ia membawa pengertian perbandingan.  Pada hal kebesaran itu tidakboleh dan tidak ada bandingannya.  Kebesaran itu tidak boleh diketahui sepenuhnyaoleh sesiapa pun,  walaupun Nabi-nabi atau Malaikat-malaikat.  Tiadasiapa yang dapat mengenal dan mengetahui Allah itu sepenuhnya (seratus peratus)kecuali Dia sendiri jua;  kerana tiap-tiap yang diketahui itu adalahtermasuk dalam bidang yang mengetahui,  satu keadaan yang mana adalahmenafikan semua kemuliaan,  semua kebesaran.  Bukti penuh tentang iniada saya beri dalam karangan saya(Imam Ghazali) yang lain.
Orang-orang yang mempunyai makrifatitu,  apabila kembali dari kenaikkan mereka ke Alam Hakikat itu, sebulat suara mengakui bahawa mereka tidak melihat apa pun kecuali Allah YangMaha Esa sahaja. Ada yang sampai ke peringkat ini dengansaintifik,  ada pula percubaan dan secara subjektif. Di sini, mereka nampak Keesaan Yang Mutlak dan akan tenggelam di dalamnya. Berbilang-bilang dan banyak tidak ada pada pandangan mereka.  Mereka kagumdan terpesona memandang Keesaan itu.  Tiada daya upaya mereka kecualimenyebut "Allah",  bahkan menyebut diri mereka sendiri pun tidakberupaya.  Tiada apa lagi beresama mereka kecuali Allah.
Mereka mabuk dalam suasana yang didalamnya aqal mereka sendiri pun lenyap,  hingga ada yang berkata
  • "Akulah Yang Haq" dan juga
  • "Maha Suci Aku",
  • "Alangkah Agungnya Aku" dan
  • "Dalam baju ini tidak ada yang lain kecuali Allah"
...............tetapi perkataanorang-orang cinta Allah ini dalam mabuknya itu mestilah disembunyikan danjangan dihebahkan.  Apabila mereka keluar dari mabuk itu, mereka punkembali semula kepada Aqal mereka dan Aqal inilah neraca Allah di muka bumiini.
Mereka sedar bahawa mereka bukanlahbersatu (dengan Tuhan) tetapi hanya menyerupai atau mewakili Allahsahaja.  Seseorang pencinta Allah yang dalam puncak perasaan cintaberkata;
"Akulah Dia yangaku Cintai dan Dia yang aku Cintai itu ialah aku; Kami adalah dua jiwa dalamsatu badan".
Kerana mungkin bagi seseorang yangtidak pernah melihat cermin seumur hidupnya akan terpesona oleh cermin ituapabila ia melihat cermin itu dan menyangka apa yang dilihatnya dalam cerminsebagai bentuk rupa cermin itu sendiri,  "serupa"dengannya.  Seseorang lain melihat arak dalam gelas dan menyangka arak itusebagai warna gelas itu.  Jika sangkaan itu telah menjadi sebatidifikirnya,  ia pun lenyap dalam sangkaan itu,  lalu ia menyanyi;
"Gelas itunipis,  arak itu jernih,  kedua-keduanya serupa,  perkara inirumit sekali,  kerana seolah-olah ada araknya dan tidak ada gelas arak disitu,  atau seolah-olah ada gelas arak dan tidak ada araknya".
Di sini ada perbezaan antaraperkataan,  "Arak itu ialah gelas arak",  dengan perkataan,"ianya seolah-olah gelas arak".
Apabila keadaan ini wujud,  ianyadigelar FANA, bahkan FANA DALAM FANA,  bagi orang yang mengalaminya, kerana Ruh itu telah FANA dalam dirinya, bahkan FANA DALAM FANANYA,  kerana ia tidak sedar dirinya dan tidak sedar tentang tidak sedarnya. Kalau ia sedar tentang tidak sedarnya,  maka sedarlah ia tentang dirinya.Bagi orang yang tenggelam  dalam keadaan ini ,  maka keadaan inidigelar dalam bahasa kiasan "persamaan"; dan dalam bahasa hakikat"penyatuan".  Di bawah hakikat-hakikat ini ada tersimpan rahsia-rahsiayang mana kita tidak bebas untuk membincangkannya. .
7. Wajah Allah:Penerangan "mendalam" tentang perhubungan cahaya-cahaya ini denganAllah..
 
Mungkin saudara ingin benar hendak tahu berkenaan wajah yangmana cahaya Allah itu dikaitkan dengan langit dan bumi,  atau pun wajahyang mana Dia itu sendiri cahaya langit dan bumi.  Inilah yang hendak kitabincangkan sekarang.
Sekarang saudara telah tahu bahawaAllah itu cahaya,  dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya.  Setiapcahaya adalah Dia,  dan juga cahaya keseluruhan adalah Dia juga.
  • Oleh kerana cahaya itu bermaksud sesuatu yang menzhohirkan atau yang menampakkan yang lain;  atau
  • lebih tinggi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizhohirkan
  • bahkan lebih tinggi dari itu lagi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya untuk dirinya dan dirinya yang lain terzhohir.
Sekarang saudara tahujuga bahawa apa sahaja digelar cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yangdengannya,  untuknya,  dan diri yang lain itu terzhohir atau ternampak. Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya.  Cahaya itu timbul dalamdirinya,  dari dirinya dan untuk dirinya.  Cahaya tidak datang darisumber yang lain.  Cahaya yang sedemikian itu tidak lain tidak bukan hanyaAllah sahaja.  Saudara juga telah mengetahui bahawa langit dengan bumi inidipenuhi dengan cahaya,  yang bersangkutan dua peringkat cahaya, iaitu pandangan mata dan pandangan akal.
Cahaya yang pertama itu ialah apa yangkita lihat di langit seperti matahari,  bulan dan bintang;  dan apa yangkita lihat di bumi,  seperti sinaran cahaya yang melimpahi seluruh mukabumi,  yang menampakkan semua warna,  bentuk,  binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda lain dalam semua keadaan;  dan jika tiadacahaya ini,  maka tidaklah kita nampak warna,  atau tidaklah adawarna.
Tiap-tiap bentuk dan saiz (besar ataukecil) yang terlihat oleh kita adalah diketahui oleh warna,  dan tidakmungkin melihatnya tanpa warna.
Berkenaan cahaya Akal,  maka AlamTinggi itu dipenuhi oleh cahaya itu,  iaitu seperti kejadianmalaikat;  dan Alam Rendah  ini pun dipenuhi oleh cahaya itu iaituseperti hidup (nyawa) binatang dan hidup manusia.  Susunan atau keadaanAlam Rendah ini dizhohirkan dengan cahaya malaikat.  Inilah susunan ataukeadaan yang disebut oleh Allah;
  • "Dialah yang membentuk kamu dari tanah,  dan menampakkan kamu di permukaan bumi, agar Dia menjadikan kamu sebagai khalifah di atas muka bumi" dan
  • "menjadikan kamu khalifah di muka bumi',  dan
  • "Sesungguhnya aku adalah khalifah di muka bumi". (Al-Quran)
Olehyang demikian, saudara lihat bahawa seluruh alam ini dipenuhi oleh cahayapandangan zhohir dan cahaya Aqal Batin,  dan juga cahaya-cahaya tingkatrendah ini dipancarkan  atau dikeluarkan kepada satu dari yang lain. Umpama cahaya yang keluar 

Comments

Popular Posts