KITAB MISKATUL ANWAR II


"Allahmenciptakan Adam menurut bayanganNya sendiri".
Tetapi buat setakat ini tidaklah sesuailagi kita bicarakan secara lebih mendalam tentang perkara ini.
Kekurangan danKecacatan Ketiga.
Mata kasar ini tidak dapat melihat apayang di belakang dinding,  tetapi Aqal bebas lepas terbang sampai kelangit yang maha tinggi dan ke alamnya sendiri,  dan alam ghaib. Hakikat sesuatu tidak terhijab kepada Aqal.  Yang menjadi hijab (tabir) padanyaialah yang dianggap sebagai kepentingan sendiri iaitu ibarat hijab yangdianggap oleh mata,  kerana kehendak sendiri,  apabila kulit mata ditutup.   Perkara ini akan kita bincangkan lagi di bab ketiga karanganini.
Kekurangan danKecacatan Keempat.
Mata melihat bahagian luar sesuatubenda sahaja,  tetapi tidak melihat bahagian dalam benda itu.  Inibererti mata kasar ini hanya nampak bentuk-bentuk benda itu sahaja,  bukanhakikat benda itu.  Tetapi Aqal menembusi batin benda itu dan terus kerahsianya.
  • Ia mengetahui hakikat sesuatu dan juga jiwanya.
  • Ia dapat mengenal dan menimbulkan sebab-sebab dan hukum-hukum -
  • dari apa sala benda itu,
  • bagaimana terjadi berapa banyak bentuk-bentuk ideal(sempurna) yang ada padanya,
  • apa peringkat kejadiannya,
  • apa perhubungannya dengan kejadian yang lain,
  • dan banyak lagi.
Eloklah di sini kita ringkaskan sahaja.
Kekurangan danKecacatan Kelima.
Mata hanya melihat sebahagian sahajadaripada keseluruhan yang ada kerana semua konsep atau tanggapan dan banyaknyaperkara yang dapat diketahui oleh pancaindera adalah di luar garisanpandangannya.  Ia (mata) tidak melihat bumi, bau, rasa dan tidak tidakmempunyai kebolehan mendengar, membau, merasa,  bahkan semua sifat-sifatkebatinan itu tidak terlihat olehnya.  Mata tidak nampak keadaan suka,duka,  sedih,   sakit,  seronok,  cinta, kemahuan,  kuasa,  kehendak,  ilmu dan lain-lain lagi. Oleh itu bidang mata kasar itu sangat sempit dan tindakannya terbatas.  Tidakdapat melebihi lingkungan bidang warna dan bentuk.  Warna dan bentukadalah kejadian yang paling kasar kerana benda-benda yang zhohir atau tabiatini adalah makhluk atau kejadian yang kasar.
Tetapi bidang Aqal ialah seluruh AlamWujud, kerana ia mengetahui segala kejadian yang kita sebutkan tadi dan bebasmeliputi segala yang lain juga,  dan dapat pula Aqal itu membuat keputusanyang tentu dan benar.  Itulah dia rahsia batin benda-benda yang zhohir danitulah dia bentuk-bentuk tersembunyi bagi benda-benda zhohir.
Sebutkan kepada saya(Imam Ghazali) apapula haknya mata kasar itu diberi taraf sama dengan Aqal dalam pemberian nama"cahaya" itu ?.  Sesungguhnya tidak.  Mata itusebenarnya gelap.  Penglihatan adalah semata-mata satu daripada alatpengintip bagi Aqal.  Aqal memberi mata satu tugas untuk melihat perkarayang kasar,  iaitu warna dan bentuk,  Aqal menyuruh mata membawalaporan tentang warna dan bentuk tadi kepada Tuhannya,  yang akanmenghakimkan menurut arahan penelitian dan pertimbangan Aqal itu.  Begitujugalah dengan kebolehan-kebolehan yang lain.
Tetapi alat pengintip Aqal - khayalan,fantasi (bayangan fikiran),  pemikiran,  ingatan,  dan dibelakang mereka adalah hamba-hamba abdi yang menjalankan tugas mereka dalamdunia mereka sekarang ini.  Semua itu ada yang ditahan dan ada yang diberikebebasan,  seperti mana bebasnya seorang raja menguasai hambaabdinya,  bahkan lebih bebas dari itu lagi.  Untuk menghuraikanperkara ini akan mengambil masa yang panjang dan perkara ini telah pundihuraikan dalam kitab saya yang berjudul "Ihya Al-'Ulum" di bawahtajuk "Keajaiban fikiran".
Kekurangan danKecacatan Keenam.
Mata tidak boleh melihat apa yang tidakterhad.  Yang boleh dilihatnya ialah sifat-sifat benda yang diketahui dansemua itu adalah terhad dan terbatas.  Tetapi Aqal mengetahuitanggapan-tanggapan dan konsep bukanlah sesuatu yang terhad.  Memang benarberkenaan dengan ilmu yang telah dicapai,  isinya yang dikemukakan kepadaAqal itu adalah terhad.  Ia ada keupayaan mengetahui yang tidakterhad.  Ini jika hendak diterangkan sepenuhnya,  memangpanjang,  tetapi jika saudara mahukan contoh, maka inilah satu contoh dariilmu kira-kira.
Dalam ilmu ini Aqal memahami siri-siriangka bulat atau angka penuh (bukan pecahan) dan siri-siri ini tidakterhad.  Juga,  Aqal tahu angka-angka sebelum dua, tiga danlain-lainnya;  dan ini pun tidak ada hadnya.  Aqal juga tahu semuaperkaitan yang berbeza-beza antara nombor-nombor itu,  dan ini juga tidakterhad.  Akhirnya Aqal mengetahui pengetahuannya sendiri tentang sesuatuperkara.  Tahunya tentang pengetahuan itu pun tidak terbatas.
Kekurangan danKecacatan Ketujuh.
Mata nampak benda yang besar itukecil.  Ia melihat matahari sebesar mangkuk dan bintang sebesar wangsyiling yang bertaburan di atas permaidani biru.  Tetapi Aqal mengetahuibahawa matahari dan bintang itu besar,  bahkan lebih besar dari bumi. Kepada mata,  bintang-bintang itu nampak tidak bergerak;  dankanak-kanak nampaknya tidak juga tinggi badannya.  Tetapi bagi Aqal, ia tahu kanak-kanak itu semakin tinggi badannya berikutan dengan meningkatkanumurnya.  Bintang itu bergerak dengan pantas melalui jarak yangberibu-ribu batu.
Dikatakan bahawa Nabi SAW. bertanyakepada Jibrail;
"Adakah matahariitu bergerak?"
Jibrail menjawab;
"Tidak -Ya".
Nabi bertanya lagi;
"Bagaimanakahitu?"
Jibrail menjawab;
"Antara akuberkata tidak dan ya itu,  matahari telah bergerak sejauh 500 tahunperjalanan".
Oleh yang demikian,  kesilapan dankekurangan pandangan mata itu memang banyak,  tetapi Aqal melampaui semuaitu dan tidak ada kesilapan yang demikian itu.
Mungkin saudara berkata bahawa adasaudara lihat orang yang cerdik itu membuat kesilapan dan kesalahan juga. Jawab saya(Imam Ghazali) - Kebolehan khayalan dan fikiran mereka selalunyamelalui pertimbangan mereka menghukumkannya dan ini menimbulkan keyakinan yangmereka anggap itulah keputusan yang dihukumkan oleh Aqal.  Kesilapan ataukesalahan itu terletak kepada kebolehan yang rendah itu.  Bacalah karangansaya tentang semua kebolehan ini dalam kerangan saya berjudul "Mu'ayar al-Alim" dan "Muhaqiq An-Nadzhor".  Tetapiapabila Aqal dipisahkan dari dustaan dan tipuan fantasi dan khayalan, maka kesalahan bagi Aqal itu tidak mungkin.
Aqal akan melihat itu sebagaimanasebenarnya.  Pemisahan ini sangatlah sukar,  dan hanya mencapaikesempurnaannya setelah mati.  Barulah waktu itu terang dan nyatakesalahan dan segala rahsia terbuka luas;  dan tiap-tiap orang akanbertemu dengan suka atau duka yang telah disediakan oleh dirinya  dan "lihatlahkitab yang merekodkan tiap-tiap pahala dan tiap-tiap dosa, tanpa satu pun yangtinggal". (Al-Quran).
Ketahuilah bahawa khayalan dan fantasiitu pun adalah hijab juga.  Oleh itu orang yang telah diperdayakan danditipu oleh khayalannya sendiri,  kepercayaan salahnya sendiri,  danfikirannya yang sia-sia akan menjawab, "Tuhan kami!  Kami telahlihat engkau dan mendengar engkau.  Hantarkanlah kami kembali (ke dunia)dan kami akan membuat kebaikan.  Sesungguhnya sekarang kami yakinsebenar-benarnya". (Al-Quran).
Dari pandangan di atas tahulah saudarabahawa mata itu lebih tepat dipanggil "cahaya" dan bukan cahaya biasayang dilihat oleh pancaindera itu,  dan selanjutnya,  Aqal itu lebihwajar digelar "Cahaya" dan bukannya mata.  Memang  benardikatakan bahawa antara keduanya ada perbezaan yang besar nilainya, sehingga kita boleh bahkan mesti menganggap bahawa Aqal itulah yang sebenarnyadinamakan "CAHAYA".
2.  Al-Quransebagai Matahari "Aqal"
 
Selanjutnya adalah diperhatikan bahawa meskipun Aqal manusiaitu sebenarnya melihat tetapi benda-benda yang dilihatnya bukanlah semuanyaterletak di bidang yang sama.  Dalam beberapa hal,  pengetahuan telahsedia ada terkandung dalam Aqal itu seperti halnya dengan kebenaran yang telahmemang pasti,  umpamanya:
  • sesuatu perkara yang sama tidak boleh bersama dengan asalnya dan
  • di samping itu juga tanpa asalnya atau wujud di samping tidak wujud;  atau
  • sesuatu perkara itu benar dan tidak benar;  atau
  • pertimbangan yang benar bagi sesuatu perkara adalah benar juga bagi sesuatu perkara yang serupa; atau
  • wujud yang khusus mesti diikuti juga oleh wujud yang umum.
Misalnya:
hitam membawapengertian tentang wujud "warna".
Begitu juga dengan "Manusia" dan "binatang".
Tetapi perkaitan tersebut bukanlahpasti benarnya kepada Aqal kerana "warna" tidak melibatkan"hitam" dan begitu juga "binatang" tidak melibatkan"manusia" dan banyak (proposition) atau masalah yang lain.
Ada yang wajib,  ada yangmungkin,  dan ada yang mustahil.  Ada juga proposisi yang  tidakbersetujuan dengan Aqal apabila proposisi atau masalah itu kembali semulakepada Aqal,  proposisi itu terpaksa menggoncang Aqal,  menggerakkanAqal. Pukulkan logam pada besi supaya keluar api.  Misalan masalahseperti ini ialah Teori Spekulasi (masalah pertimbangan) dan untuk mengetahuiteori itu, Aqal terpaksa dibangkitkan dengan Qalam (logik) falsafah. Apabila cahaya falsafah telah bersinar,  maka manusia pun melihat apa yangsebenarnya,  pada hal sebelum itu, penglihatannya itu terpendam. Falsafah paling agung ialah Qalam Allah umumnya dan al-Quran khususnya.
Oleh yang demikian,  ayat-ayatAl-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata.  Denganadanya cahaya matahari,  perbuatan melihat dapat dilaksanakan.  Olehitu, Al-Quran itulah yang paling wajar dinamakan "cahaya" sepertimanacahaya matahari itu digelar cahaya juga.
Kesimpulannya, al-Quran itu adalahibarat matahari dan Aqal itu ibarat cahaya mata.  Di sini tahulah kitamaksud ayat Al-Quran;
"Percayalahkepada Allah dan RasulNya dan cahaya yang Kami turunkan".
dan ayat;
"Telah datangbukti yang nyata dari Tuhanmu dan Kami turunkan cahaya yang terang".
3. Alam Nyata danAlam Ghaib: dan cahaya keduanya
 
Sekarang saudara telah tahu bahawa ada jenis mata iaitu;
Mata zhohir dan mata batin.  Matazhohir termasuk dalam Alam Deria atau Alam Pancaindera.  Mata batintermasuk dalam Alam Keruhanian atau Alam Ghaib.  Tiap-tiap mata tersebutada mempunyai matahari dan cahaya masing-masing,  supaya dapat melihatdengan sempurna.
Matahari pun ada dua jenis.  Satudaripada matahari ini ialah matahari biasa yang nampak oleh deria lihat danyang satu lagi ialah termasuk dalam bidang Alam Ghaib;  iaitu al-Quran danlain-lain kitab Allah.  Jika ini telah diterangkan sepenuhnya danseterang-terangnya kepada saudara,  maka satu daripada pintu Alam Ghaibini telah dibuka kepada saudara.
Alam ini penuh dengan keajaiban.  Ialebih hebat dari alam yang nampak oleh mata kasar itu.  Orang yangtidak mempedulikan Alam tinggi itu dan hanya melekatkan dirinya dengan alamnyata sahaja,  maka dia itu adalah ibarat binatang dan bukan manusiasebenarnya.  Dia lebih sesat lagi dari binatang kerana binatang itu tidakdikurniakan sayap untuk terbang ke Alam tinggi itu.  Al-Quran adamenerangkan orang seperti itu dengan firman Allah;
"Orang-orangyang demikian itu adalah lembu kerbau,  bahkan lebih sesat lagi".
Perkaitan Alam Kasar dengan Alam Ghaibitu adalah ibarat kulit buah dan isinya atau ibarat bentuk(acuan) dengan nyawa,atau gelap dengan terang, atau neraka dengan syurga.  Kerena itulah AlamGhaib itu digelar Alam Tinggi atau Alam Ruh atau Alam Nur (cahaya) dan AlamNyata ini digelar Alam Bawah atau Alam Rendah,  atau Alam Benda atau AlamGelap.
Tetapi janganlah saudara anggap apayang saya maksudkan dengan Alam Tinggi ini sebagai langit atau tujuh petalalangit,  meskipun ia berada di atas.  Langit itu dapat dilihat olehmata kasar manusia dan binatang.  Tetapi pintu ke Alam Tinggi itu tertutupkepada manusia dan manusia bukan menjadi penghuni alam itu kecuali;
"Bumi inibaginya bertukar menjadi bukan bumi,  dan begitu jugalah langit".(Al-Quran).
Pendeknya,  kecuali semua yangmendatang ke dalam bidang deria dan khayalan termasuk langit yang kelihatan itumenjadi buminya dan langit itu melebihi jangkauan derianya.  Inilahkenaikan (mikraj) pertama bagi setiap Salik (orang dalam perjalanan menujuAllah) dalam perjalanannya menuju  ke Hadirat Allah SubhanahuwaTaala.  Manusia telah dihantarkan ke tempat yang rendah dan kemudianmestilah manusia itu naik ke tempat paling tinggi.
Bukan seperti para malaikat, kerana malaikat itu adalah termasuk dalam Alam Keruhanian itu,  sentiasaberada di hadirat Allah dan dari situ mereka melihat ke alam rendah ini. Nabi Muhammad SAW.  pernah berkata;
"Allah menciptamakhluk  dalam kegelapan;  kemudian dipancarkan Nur (cahaya) kepadamakhluk itu".
dan sabda beliau lagi yang bermaksud; 

Comments

Popular Posts